Tuesday 20 August 2019

Photo - SIPMA 2019



SIPMA 2019

Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 telah membuka tirai edisi ke-8. Majlis berkenaan telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas mewakili Menteri Pendidikan.

Merupakan kejohanan dwi-tahunan yang melibatkan penyertaan daripada lapan kontinjen majlis sukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu (MASUM, MASISWA, MSP, MASKOM, MSSM, MSMM, MSIPGM, dan MASKoV).

SIPMA 2019 bermula pada 17 Ogos hingga 24 Ogos 2019 bertempat di sekitar Lembah Klang.

Sebanyak lapan acara sukan akan dipertandingkan pada edisi kali ini iaitu, badminton, bola sepak, olahraga, renang, hoki, skuasy, tenpin boling dan bola jaring yang dipertandingkan buat pertama kali.

Sejumlah 93 pingat emas bakal menjadi rebutan kepada kontinjen yang bertanding pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan