Saturday, 24 August 2019
Talasemia merupakan penyakit keabnormalan sel darah merah yang diwarisi dari kedua-dua ibu dan bapa kepada anak mereka.
Talasemia merupakan penyakit keabnormalan sel darah merah yang diwarisi dari kedua-dua ibu dan bapa kepada anak mereka. Penyakit ini menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.
Secara umumnya, penyakit ini memerlukan rawatan sepanjang hayat dan ia dianggap sebagai masalah kesihatan negara. Berdasarkan kepada fakta semasa, 100 ribu pelajar tingkatan empat di seluruh negar telah melalui saringan Talasemia dan didapati 15 ribu daripada mereka adalah pembawa Talasemia.
Sistem pendidikan negara sentiasa memberi penekanan terhadap potensi murid secara menyeluruh mencakupi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat cakna terhadap usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap penyakit ini.
Semalam saya berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan pakar perubatan dalam penyakit ini bagi membincangkan kaedah bersesuaian yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran penyakit Talasemia dalam kalangan anak-anak di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.
Secara umumnya, lebih 50 peratus pesakit Talasemia adalah kanak-kanak dan remaja berusia di bawah 20 tahun dan peranan serta komitmen berterusan KPM dalam isu ini adalah sangat penting.
KPM komited untuk memastikan semua ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk tidak menolak program saringan Talasemia yang telah ditetapkan. Di samping itu, usaha berterusan juga akan dilaksanakan di peringkat sekolah menengah dan universiti bagi meningkatkan pemahaman anak-anak mengenai penyakit ini.
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3064385470299372/?type=3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment