Friday 30 August 2019

Dr Abdul Rahman Mohmad pengarang utama di jurnal tersohor dunia, Nature Materials.



Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Abdul Rahman Mohmad, Penyelidik di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektrik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berjaya muncul sebagai pengarang utama di jurnal tersohor dunia, Nature Materials.

Hasil penyelidikan beliau mengenai penggunaan hidrogen sebagai asas sumber tenaga masa depan telah berjaya menempatkan beliau sebagai antara penyelidik bertaraf dunia dalam bidang berkenaan.

Makalah dengan judul Ultra High-Current-Density Niobium Disulphide Catalysts for hidrogen Evolution merupakan kejayaan ulung penyelidik tempatan yang berjaya menempa nama di Nature Materials, jurnal yang berada di kedudukan pertama dunia dalam bidang kimia fizikal dan fizik gunaan.

Kita percaya lebih ramai penyelidik dan pakar-pakar akademik di institusi pendidikan tinggi tempatan akan menghasilkan pelbagai penyelidikan penting dan seterus memberi sumbangan bermakna buat perkembangan sains dan teknologi global.

Sekali lagi, tahniah Dr dan teruslah menyumbang buat negara tercinta.

https://ift.tt/2LbOwqU

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3078983575506228/?type=3

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan