Wednesday 4 September 2019

Photo - Barisan panel pemilihan Anugerah Sastera Negara (ASN) telah sepakat untuk memilih Prof Dr Siti Zainon binti Ismail sebagai penerima ASN ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.



Barisan panel pemilihan Anugerah Sastera Negara (ASN) telah sepakat untuk memilih Prof Dr Siti Zainon binti Ismail sebagai penerima ASN ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Beliau merupakan tokoh sastera yang disegani dan telah menghasilkan 3 novel, 10 kumpulan cerpen dan 25 kumpulan puisi. Beliau juga terlibat dalam penghasilan 7 antologi cerpen dan 5 antologi puisi.

Dalam bidang akademik, beliau telah menulis 18 kajian ilmiah dalam bentuk buku, 21 esei kajian dalam bab buku serta 21 esei dalam monograf, jurnal, dokumentasi dan majalah-katalog.

Siti Zainon juga telah mengecapi pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara, termasuk memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) sebanyak 6 kali dan pernah menerima Anugerah Budayawan Selangor.

Di peringkat antarabangsa pula beliau pernah menerima SEA Write Awards pada tahun 1989 dan Anugerah Tokoh Seni Budaya Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) 2015.

Karya-karya beliau juga telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing termasuk Bulgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdu, Jepun, Perancis, Thai dan Rusia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof Dr Siti Zainon binti Ismail di atas penganugerahan ini dan terima kasih untuk karya-karya dan sumbangan bermakna beliau selama ini, khasnya dalam bidang sastera di Malaysia.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3093009100770342/?type=3

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan