Wednesday 4 September 2019

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok.


Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok. Doa dan harapan kami Guru dan Kakitangan SK Bandar Seri Putra sentiasa mengiringi kalian dan mendoakan yang terbaik untuk semua.Sedikit Tip amalan doa untuk anak-anak:

Doa َMasuk Dewan Periksa :
سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ
Doa Buka kertas soalan :
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ
Doa Jawab soalan :
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Doa Soalan susah :
وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا

Semoga doa-doa ini boleh diamalkan oleh anak-anak UPSR sepanjang hari peperiksaan ini.

Kepada ibubapa yang hadir memberikan sokongan moral, sila patuhi peraturan larangan berada dekat dengan dewan peperiksaan dan tidak lalu di kawasan bertanda merah, juga merakam gambar/video. Semoga ibubapa yang berdisiplin akan memudahkan urusan semua dan Allah mempermudahkan urusan anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaan.

Tuan/puan boleh memakai baju tema warna ini ye sebagai sokongan moral :
Rabu 4/9- biru
Khamis 5/9- kuning/oren
Selasa 10/9 - merah jambu/ungu
Rabu 11/9- hijau

Semoga beroleh kejayaan. 6A!!!
Sumber : SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan