Wednesday, 4 September 2019

Terima kasih MalayMail kerana melaporkan berita yang penting ini.



Terima kasih MalayMail kerana melaporkan berita yang penting ini.

Untuk pengetahuan semua, kita memang telah menubuhkan Jawatankuasa Integriti dan sedang menyemak semula Akta 605.

Dua langkah radikal ini kita mulakan sebab saya sendiri mengambil maklum betapa membarahnya isu plagiarisme dan jual beli gelaran "profesor" serta amalan 'bonceng gratis' yang sudah lama membiak di IPT kita.

Untuk memastikan universiti melangkah lebih jauh, isu kualiti dan integriti tidak boleh sesekali dikompromi.

Dan dalam masa yang sama, melalui semakan semula Akta 605 ini jugalah para pensyarah dan sarjana di universiti mempunyai kebebasan akademik yang secukupnya.

Mereka boleh menyuarakan pandangan mereka secara bebas tanpa terikat dengan undang-undang. Cuma, mereka perlu bertanggungjawab terhadap setiap pandangan dan idea serta kesannya.

Kalau ikutkan, banyak lagi perkara yang sedang kita ubah di peringkat IPT. Baik mahasiswa, pensyarah, staf pentadbiran, semuanya sedang berada dalam radar perubahan kita. InsyaAllah takkan ada satu pun yang tertinggal.

https://ift.tt/2LdIJCw

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3095601120511140/?type=3

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan