Senarai aktiviti PAK21 21-30

21. Parachute Building ( Membina paying terjun)
Aktiviti inkuari yang menggalakkan murid bekerjasama dan berkolaborasi

22. Café ( Kedai Kopi)
Seperti di kafe pelajar duduk secara berkumpulan di sebuah mejadan berbincang mengenai soalan / topik yang diletakkan di atas meja (table cloth)

23. IB Tree ( Pokok IB)
Setiap murid diberi helaian yang mempunyai pokok IB dan mereka mencatatkan perkembangan mereka secara individu tentang apayang dipelajari

24. SWOT
Murid mengemukakan soalan / sitiuasi / isu untuk dibincangkan dan mereka dikehendaki mengisi borang yang mempunyai empat petak :
S : Strengths ( Kekuatan)
W : Weaknesses ( Kelemahan)
O : obstacles ( Halangan / Cabaran)
T : Thoughts ( Soalan-soalan untuk tindakan / kajian seterusnya )

25. Commercial(Iklan)
Satu cara untuk menyampaikan maklumat tentang tajuk / topik yang diberikan.


26. Continuum (Penerusan)
Sama seperti graf atau carta. Kaedah ini boleh digunakan untuk menunjukkan kefahaman dan perkembangan murid dalam sesuatu topik

27. Checklist (Senarai Semak)
Murid dikehendaki menanda item-item tertentu dalam senarai semak mereka untuk mengetahui kefahaman mereka tentang tajuk/topik-topik tertentu

28. Anecdotal Notes( Nota Anekdot)
Guru membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan murid. Nota-nota ringkas ini boleh dirujuk apabila membuat laporan secara formal

29. Bus Stop(Hentian Bas)
a) Soalan / topik ditampal didinding di beberapa tempat di dalam kelas / dewan
b) Murid bergerak dari satu hentian ke satu hentian secara berkumpulan dan berbincang tentang soalan / topik yang berkenaan
c) Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperolehi

30. Table Talkers (Perbincangan di meja)
Kad-kad yang mengandungi topik / isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan kumpulan secara lisan atau bertulis

SETERUSNYA

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan