Tuesday 17 November 2020

Salam Persaraan Datuk Maimunah: Loghat Sabah nya Pasti Dirindui! - CikguHailmi

 Semalam saya dapat perkhabaran majlis persaraan seorang lagi tokoh hebat

pendidikan kat negara kita, iaitu Datuk
Maimunah Suhaibul
, iaitu Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru.
Mengenali beliau, saya sifatkan Datuk sebagai seorang yang tenang dan pemimpin yang penuh sifat keibuan.
Kali pertama bertemu beliau semasa datang mencerap saya di sekolah bersama mantan TKPPM, Datuk Sulaiman Wak. Perasaan nervous tu hilang dengan sifat mesra dan lemah lembut beliau. Kali kedua bertemu semasa Sambutan Hari Guru 2019 di Pulau Pinang dan kali terakhir bertemu di Negeri Sembilan.





Team beliau jugalah yang telah membawa saya untuk berkongsi amalan PLC bersama Pengarah dari seluruh Bahagian dan Negeri dalam mesyuarat di KPM. Yang akhirnya juga dengan lebih 300 peserta Seminar Profesionalisme Guru di Port Dickson.
Pasti saya akan merindui ucapan beliau yang pekat dengan loghat Sabah tu!
Saya doakan juga semoga Datuk Maimunah terus diberi kesihatan yang baik dan keberkatan masa untuk diluangkan bersama keluarga tercinta. InshaaAllah ada rezeki pasti kita jumpa lagi! ❤️
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan