Thursday 12 November 2020

Pelawaan Untuk Sumbangan Manuskrip Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021 - Pengumuman KPM

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN

SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN MANUSKRIP BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru (JPPG) bagi tahun 2021. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) daripada bahagian/institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang manuskrip berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.

3.         Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Manuskrip JPPG mengikut format yang ditetapkan dan Lampiran A: maklumat penulis untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan manuskrip tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel: jurnalbpg@gmail.com. Tarikh akhir penghantaran manuskrip tersebut adalah pada 15 Januari 2021.

4.         Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia penerbitan JPPG di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi secara emel hasmidatulsuria@moe.gov.my / ditalian 03-88841228.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

 Muat Turun:

 SURAT PELAWAAN

 Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2021

 LAMPIRAN A - MAKLUMAT PENULIS

 

 

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

URUS SETIA JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDKAN GURU

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan