Monday, 16 November 2020

Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) Tahun 2021 adalah anugerah peringkat antarabangsa yang diberikan oleh Kerajaan Thailand kepada guru sekolah dari negara anggota SEAMEO yang berdedikasi dan menunjukkan pencapaian istimewa dalam bidang keguruan.

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM) yang berkelayakan dan menepati kriteria seperti yang dihuraikan dalam Panduan Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021 (Lampiran A). Seorang guru akan dipilih untuk mewakili Malaysia untuk menerima APMC Tahun 2021.

Semua pencalonan adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Bahagian KPM masing-masing. JPN dan Bahagian KPM perlu mengemuka borang pencalonan (Lampiran B) yang lengkap kepada Urus Setia Pemilihan Calon APMC 2021:

Jemaah Nazir
Aras 3-5, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Sektor Penaziran Institusi Pendidikan)

Tarikh tutup permohonan : Isnin, 30 November 2020

Muat Turun

 Surat Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021

 Lampiran A: Panduan Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021

 Lampiran B: Borang Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan