Friday 13 November 2020

Perkongsian Bersama Ustaz Mohd Asrulnizam Guru Adiwira PAK21 - CikguHailmi

 Untuk reunion Edufluencer secara maya semalam, Ustaz

Mohd Asrulnizam

Guru Adiwira PAK21 telah berkongsikan kerja buat baharu beliau sebagai pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Antaranya adalah tentang kejayaan program pembelajaran online, iaitu Program Halaqah Ilmu.

Program berterusan yang telah bermula sejak PKP yang pertama ini lagi telah melibatkan guru-guru hebat Pendidikan Islam dan murid-murid di negeri Kedah khususnya.
Teringat saya dengan apa yang Ustad Asrul selalu cakapkan dengan saya, iaitu misi memartabatkan matapelajaran Pendidikan Islam itu pada level yang setanding atau tak mustahil lebih daripada subjek-subjek lain.





Sebab tu beliau bekerja keras dan sentiasa datang dengan idea baharu yang fresh. Buktinya, terkini mereka adakan program motivasi online kepada murid sebagai sokongan mental dan emosi kepada murid. Perkara yang jarang kita pendidik bagi perhatian semasa musim mencabar sebegini.
SANTAI BERSAMA USTAZ ABAH
( Motivasi Pembangunan Jatidiri Sempena PKPB )
Tarikh : 12.11.2020 (Khamis) Masa : 10.00 pagi
So, jom kita support webinar motivasi online ini dengan sebarkan kepada lebih ramai murid. Apatah lagi penceramah yang dijemput juga bukan kaleng-kaleng, Ustad yang penuh persona dan lawak jenakanya, Ustad
Azlan Idris
.
Kita doakan kejayaan mereka ya!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan