Friday 28 August 2020

Perkongsian Inspirasi Guru Persada Global Sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah : Terima Kasih PPD Daro! - CikguHailmi

 Jutaan terima kasih buat PPD Daro atas jemputan perkongsian inspirasi guru persada global sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah.

Mengambil tema "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" , pemilihan topik bagi wacana ilmu ketiga mereka ini adalah sangat sesuai. Apatah lagi untuk minggu sebelumnya mereka bawakan Tokoh Guru 2019, Cikgu Nawi untuk perkongsian pengalaman hebat beliau sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C.
Saya berkongsi tentang perjalanan karier saya sebagai guru novis, sehingga lah membentuk saya sebagai guru pada hari nih. Bagaimana setiap pihak, baik pentadbir mahu pon rakan di sekeliling, sebenarnya sangat menyumbang kepada kejayaan kita pada masa depan.
Yang paling penting adalah memulakan semuanya dengan langkah sederhana, tapi penuh gaya dan makna. Tahu apa yang kita atur. Tahu apa yang kita buat. InshaAllah kejayaan lah yang menunggu kita nanti.





Tak ada yang saya harapkan selain daripada perkongsian ini dapat beri banyak manfaat kepada rakan guru yang sedang bersusah payah membuat yang terbaik untuk anak didik masing-masing.
Tak lupa juga ucapan Terima kasih buat tuan moderator, Cikgu Fauzol yang membantu menguruskan perjalanan perkongsian tadi.
#Daro @ PPD Daro
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan