Monday 16 December 2019

Penawaran Biasiswa The Education Grant Programme Oleh Kerajaan Azerbaijan - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan, Kerajaan Azerbaijan telah melancarkan The Education Grant Programme bagi negara-negara di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam  (OIC) pada 6 Disember 2017 dan bagi negara-negara di bawah Pertubuhan Negara-negera Berkecuali (NAM) pada 10 Januari 2018. Menerusi program ini, Kerajaan Azerbaijan telah menawarkan sebanyak dua (2) peluang biasiswa (seorang calon utama dan seorang calon simpanan) kepada warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, Sarjana, PhD, Perubatan Umum dan Ijazah Sarjana Perubatan di universitI-universiti terkemuka di Azerbaijan. Permohonan biasiswa ini hendaklah dihantar kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (Cawangan Pra Perkhidmatan 1) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2020. Bersama-sama ini disertakan brosur rasmi berhubung penawaran The Education Grant oleh Kerajaan Azerbaijan untuk rujukan jua.

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan