Thursday 10 May 2018

KSN umum 10,11 Mei cuti umum






PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei) ialah hari kelepasan am tambahan seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.
"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pengumuman ini dibuat berdasarkan manifesto dan kedudukan terkini keputusan PRU14 yang memihak kepada Pakatan Harapan. 

Sumber : BHonline, Twitter KSN, Malaysiakini

sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan