Thursday 14 May 2020

Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Secara Separuh Masa Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama secara separuh masa tahun 2020.

3.         Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.176/7/80/7 Klt.2 (6) bertarikh 8 Mei 2020 dan garis panduan PPKP KPM  untuk makluman dan rujukan. Permohonan dibuka mulai 8 Mei 2020 sehingga 10 Julai 2020. 

4.         Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dan memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA.  Pemohon dikehendaki membaca dokumen tersebut dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan dalam surat pelawaan tersebut.

5.         Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak empat (4) salinan (1 salinan asal dan 3 salinan fotostat) dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B disediakan oleh BPSM, KPM);
  2. Borang Maklumat Ringkas Pengajian (yang dilengkapkan oleh pihak institusi pengajian seperti di LAMPIRAN C);
  3. Kalendar akademik terkini;
  4. Salinan kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;
  5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  6. Salinan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-level/setara;
  7. Salinan surat tawaran politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA;
  8. Salinan slip pendaftaran/surat pengesahan pendaftaran kemasukan ke institusi;
  9. Salinan keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan);
  10. Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); dan
  11. Salinan surat pelantikan ke Perkhidmatan Awam (bagi skim perkhidmatan terkini). 

6.         Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 6 Julai 2020 (Isnin) pukul 5.00 petang kepada:

 

Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

           

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bahagian Profesionalisme Guru

Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Encik Shaharudin bin Said

7.       Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama             : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

No. Tel.          : 03-8872 1514

E-mel              : wnazzatu.wazaham@moe.gov.my

Nama             : Puan Paridah binti Ali

No. Tel.          : 03-8884 7947

E-mel              : paridah.ali@moe.gov.my

Nama             : Encik Shaharudin bin Said

No. Tel.          : 03-8884 1065

E-mel              : shaharudin.said@moe.gov.my

8.         Segala perhatian dan kerjasama pihak  YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Urus Setia Latihan

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-8872 1514/03-8884 7947

Faks: 03-8884 7925

 

Muat Turun Surat PPKP

Muat Turun Garis Panduan PPKP



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan