Wednesday 20 May 2020

Pengumuman Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 - Pengumuman KPM

Lapor Diri PPP

Dimaklumkan bahawa tarikh kuat kuasa lapor diri penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah pada 10 Jun 2020.

Calon diminta untuk membawa beberapa dokumen berkaitan semasa lapor diri. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut :

1.

Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan (ASAL)

2.

Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Pin. 1/2013) oleh Pengamal Perubatan Berdaftar Kerajaan atau Swasta (ASAL) *Hanya Sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan

3.

Akuan Berkanun (ASAL)

4.

Surat Aku Janji (SALINAN DIAKUI SAH)

5.

Penyata Kewangan 8 (Kew.8) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri/ Ketua Jabatan yang mencatatkan tarikh melapor diri bertugas sebagai PPP Gred DG41/ DG29 (ASAL ATAU SALINAN DIAKUI SAH)

6.

Surat Arahan Penempatan daripada KPM/ JPN/ PPD (SALINAN DIAKUI SAH)

7.

Ijazah dan Diploma Pendidikan berserta transkrip (SALINAN DIAKUI SAH)

8.

Ijazah Sarjana (Master) dan transkrip bagi tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi. Calon diminta untuk mendapatkan status pengiktirafan Sarjana daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Calon perlu membuat permohonan di balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Gerak Malaysia sekiranya perlu merentas negeri.

Harap maklum.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan