Thursday 21 May 2020

Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Di Sekolah Rendah Fasa 1 Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Lapor Diri CoF PPP

Dimaklumkan bahawa tarikh kuat kuasa lapor diri Urusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Di Sekolah Rendah Fasa 1 Tahun 2020 adalah pada 10 Jun 2020.

Calon diminta untuk membawa beberapa dokumen berkaitan semasa lapor diri. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut :

1.

Surat Tawaran Pelantikan Kontrak

2.

Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan

3.

Borang Pemeriksaan Perubatan (Pin. 1/2013) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja) *Hanya Sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan

4.

Akuan Berkanun

5.

Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran C) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)

6.

Borang Pengesahan Melapor Diri Bertugas

7.

Surat Aku Janji (salinan diakui sah) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)

8.

Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (4 salinan)

9.

Setem Hasil (2 keping x RM10)

10.

Jadual (4 salinan)

11.

Syarat-syarat Pelantikan (4 salinan)

12.

Salinan Kad Pengenalan

13.

Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

14.

Salinan Sijil/ Diploma / Ijazah

15.

Salinan Cetakan Akreditasi MQA

Calon perlu membuat permohonan di balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Gerak Malaysia sekiranya perlu merentas negeri.

Harap maklum.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan