
Sumber : Sebenarnya.my
NOTIS MAKLUMAN:
PELANJUTAN TARIKH TUTUP
SAYEMBARA PENULISAN KISAH INSPIRASI, DEKLAMASI SAJAK DAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTERASKAN NILAI
PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2020
___________________________________________________
Pihak urus setia Sayembara Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak dan Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020 memahami akan kesukaran yang dialami oleh guru-guru dan murid-murid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19, terutama dalam menguruskan aspek penyediaan dan penghantaran penyertaan sayembara.
Untuk itu, dimaklumkan bahawa tarikh tutup sayembara tersebut dilanjutkan kepada 31 Mei 2020. Makluman lanjut bagi penyertaan sayembara ini boleh dirujuk kepada syarat penyertaan yang dilampirkan bersama makluman ini. Sekian
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
29 APRIL 2020
Muat Turun SOP Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam KPM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jemputan Menyertai SEAMEO Webinar Series on SEAMEO’s Response to COVID-19 Pandemic
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat SEAMEO akan mengadakan SEAMEO Webinar Series on SEAMEO’s Response to COVID-19 Pandemic. Webinar ini akan membincangkan isu-isu berhubung pendidikan di rantau Asia Tenggara sempena menghadapi pandemic wabak pandemic Covid-19.
Sehubungan dengan itu, dijemput semua warga Malaysia terutamanya warga KPM dan Institusi Pendidikan untuk menyertai Webinar ini melalui WebEx dan YouTube video livestreaming bermula pada jam 1000-1130 hrs (GMT+7)seperti ketetapan berikut:
Tarikh |
Tajuk |
Rabu , 29 April 2020 |
Webinar 1: Emotional and Psychosocial Health during COVID-19 Pandemic |
Khamis, 30 April 2020 |
Webinar 2: Learning Continues: Online Learning, Open Education Resources, and Online Resources Matter during COVID-19 Education Disruption |
Khamis, 7 Mei 2020 |
Webinar 3: Learning and Mobility in Lockdown: Snapshots from the SEA Teacher and SEA TVET Network and International Organizations |
Khamis, 14 Mei 2020 |
Webinar 4: Resilient Southeast Asia: COVID-19 Responses and Best Practices from the Ministries of Education |
Bersama-sama ini dilampirkan kertas konsep bagi webinar ini untuk makluman semua pihak. Bagi yang berminat, sila daftar di pautan http://bit.ly/seameo-reg1. Sebarang maklumat lanjut sila layari www.seameo.org