51. Timeline (Garisan Masa)
Strategi yang digunakan untuk mencatat maklumat murid atau topik – satu bentuk klasifikasi atau rangking
Dulu àKinià Masa Hadapan
52. Dip (Cerun/Lurah)
Murid menanda rajah cerun / lurah untuk menunjukkan tahap kefahaman mereka berkenaan sesuatu topik.
Inquire (Tanya ) Learn (belajar)
Understand (Faham)
53. GRASPS
Strategi ini digunakan untuk menilai persembahan atau hasil kerja murid. Murid diberi borang GRASPS untuk diisi diperingkat awal projek mereka
a) Goal (Gol / target)
b) Role ( Peranan)
c) Audience ( Hadirin/pembaca)
d) Situation (Situasi)
e) Product, Performance & Purpose ( Produk, Penyampaian & Tujuan)
f) Standards & Creteria For Success ( Ciri / Kreteria kejayaan)
54. Quick Quiz (Kuiz Cepat)
Kuiz yang digunakan untuk menilai kefahaman murid tentang pengetahuan sedia ada atau apa yang telah mereka pelajari (Awal/akhir PdP)
55. Artscape (Lakaran)
Guru memainkan muzik/lagu (jikamahu) dan murid diminta melakar/melukis (menggunakan warna) di atas kertas kosong apa yang mereka suka untuk mencerminkan kefahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari
56. Dramatisation (Drama)
Persembahan pelajar dalam bentuk drama, iaitu hasil kerja murid secara berrkumpulan selepas membuat perbincangan, perancangan dan latihan
57. Mind Map ( Peta Minda)
Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untukmenunjukan kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar.PETA MINDA I-THINK adalah satu contoh peta minda yang digalakkan.( Contoh-contoh peta i-think dalam lampiran)
58. Attitude Movement (Pergerakan mengikut pendapat)
Guru menampal kenyataan-kenyataan berkaitan subtopik yang telah dibincang di sekitar bilik/dewan dan murid diminta membacasetiap kenyataan dan berdiri/berkumpul di tempat kenyataan yangmereka setuju.
59. Constructivism (Konstruktivisme)
Strategi ini menggalakkan murid melalui proses pembelajaran yang bermakna dengan membina idea-idea baru. Proses ini melibatkan
a) Generate (bina/Jana)
b) Sort ( Susun)
c) Connect (Gabung/Hubung)
d) Elaborate ( Hurai/Jelaskan)
60. Jigsaw Reading ( Susun Suai)
Murid diberi keratan atau perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun semula ayat-ayat / perenggan mengikut kesesuaian/idea/jalan cerita/ kronologi
No comments:
Post a Comment