81. Goldfish Bowl( Mangkuk ikan emas)
Sama seperti hot Seating tetapi yang tampil ke hadapan ialah satu kumpulan untuk menyatakan pandangan dan menjawab soalan.Murid lain boleh bertanya soalan kepada kumpulan murid ini
82. Six Thingking Hats ( 6 Topi Pemikir)
Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan thingking Hats yang telah ditentukan
83. Radio Phone In ( Radio Telefon)
Guru / Murid bertindak sebagai penyampai radio.4 orang murid terdiri daripada pelbagai karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukan soalan
84. TV Chat Show ( Bual TV)
Guru / Murid bertindak sebagai Pengacara TV.4 orang murid terdiri daripada pelbagai karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukan soalan
85. Freeze Frame ( Rangka Beku)
Mulakan dalam bulatan Murid membina freeze frame ( RangkaBeku) berdasarkan topik. Alihkan meja supaya ada ruang untuk bergerak. Kumpulan menunjukkan rangka beku kepada rakan lain untuk meneka apa rangka beku yang dibina dan membuat perbincangan
86. Free Discussion (Perbincangan Bebas)
Ini dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Oleh kerana ianya tidak berstruktur perbincangan ini memerlukan guru @murid yang berpengalaman sebagai pemudah cara.
87. 3 Steps Interview ( 3 Langkah Temubual)
Dua pasangan dalam kumpulan (A&B) (C&D)
a) A menemubual B dan C menemubual D.
b) A Menemubual C dan B menemubual D
c) ABCD berkongsi maklumat daripada temubual tersebut
88. Listerning Triad(Pendengaran bertiga)
a) 3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang murid sebagai penyoal, seorang menjawab dan seorang pencatat.
b) Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan berakhir
c) Untuk keseterusnya peranan seseorang itu akan bergilir
89. Role-Play (main peranan)
Gunakan cerita, drama.Main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dengan topik sensitif dan emosi.Contohnya minta murid membincangkan perasaan mereka tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang berkabung dan kemudian meminta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan orang yang mengalami situasi tersebut.
90. Round Table
Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
91. Three Stray, One Stay
Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.Hasil kerja ditampal.Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan. Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.
92. Simulation (Simulasi)
Suatu proses peniruan dari sesuatu yang nyata.
93. Eksperiment (pengujian projek)
#Senarai PdP ini masih boleh ditambahbaikkan
No comments:
Post a Comment