Showing posts with label Semak sebelum sebar. Show all posts
Showing posts with label Semak sebelum sebar. Show all posts

Monday 27 November 2023

Tiada Kejadian Tanah Runtuh Di Pintu Masuk Terowong Genting Sempah - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Ketua Polis Bentong: Polis menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar, video tersebut tular di media sosial sejak 25 November 2023, dan dipercayai kejadian tanah runtuh tersebut berlaku di luar negara. SUMBER: […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 23 November 2023

Waspada Sindiket Penipuan Lesen Memandu Tidak Sah Melalui Platform Media Sosial - Sebenarnya

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ): JPJ Malaysia telah mengesan akaun media sosial di laman Facebook, Telegram dan lain-lain mengenai sindiket penipuan (scammer) yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu secara murah dan mudah tetapi tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan serta tidak sah disisi undang-undang. Pemantauan JPJ mendapati bahawa, terdapat beberapa modus operandi yang digunakan oleh sindiket […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 22 November 2023

Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai Pegawai NSRC Melalui Panggilan Telefon Atau Kenyataan Bagi Membantu Siasatan - Sebenarnya

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kenyataan atau panggilan telefon dari mana-mana orang yang mengaku sebagai Pegawai NSRC bagi membantu siasatan berkenaan sebarang kes jenayah penipuan kewangan. Pihak NSRC tidak akan menghubungi orang awam berkaitan siasatan. Pihak NSRC juga […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 21 November 2023

WASPADA LAMAN WEB PALSU MENGGUNAKAN NAMA DAN LOGO TABUNG HAJI - Sebenarnya

Menurut Tabung Haji (TH): Laman web www.tabunghaji.net adalah palsu dan bukan di bawah kendalian TH. Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan. Laman web TH boleh dilayari di https://ift.tt/omWkeFU SUMBER:Facebook Rasmi TH Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Sunday 19 November 2023

Waspada Iklan Mempromosikan Produk Menggunakan Nama Kementerian Kesihatan - Sebenarnya

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mendapati pemilik akaun facebook atas nama “Kementerian Kesihatan” yang menggunakan lambang organisasi WHO telah menguar-uarkan pengiklanan sejenis produk “Prostate Cream” dengan dakwaan bagi mencegah atau mengurangkan kanser prostate dan meningkatkan fungsi kelelakian. Kementerian ini memandang serius terhadap penggunaan nama “Kementerian Kesihatan” sebagai “click […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 17 November 2023

Dakwaan Kandang Khinzir Bersebelahan Dengan Kolam Ternakan Ikan Patin Adalah Video Lama - Sebenarnya

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF): DOF menegaskan rakaman yang tular berkaitan isu kandang khinzir bersebelahan dengan kolam ternakan ikan patin itu adalah video lama yang sengaja dimainkan semula individu tidak bertanggungjawab. DOF memaklumkan, ikan akuakultur oleh penternak yang berdaftar di bawah jabatannya itu adalah halal dan berkualiti. Ini kerana, bahagian biosekuriti jabatannya sentiasa mengadakan lawatan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 16 November 2023

Maklumat Bantuan Tambahan STR 2023 MySARA RM800 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai Bantuan Tambahan STR 2023 MySARA RM800 adalah PALSU. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini. Rujuk siaran media berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di pautan https://www.mof.gov.my/…/penerima-sumbangan-tunai… SUMBER: Facebook Rasmi MOF Twitter/X Rasmi MOF Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Laman Sesawang Palsu Bukan Bawah Kendalian Tabung Haji - Sebenarnya

Menurut Tabung Haji (TH): Laman web https://ift.tt/B10JYj7 adalah palsu di bawah kendalian TH. Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan. Hati-hati! Pelbagai cara scammer memperdaya mangsa. Pastikan anda layari alamat laman web yang betul. THiJARI boleh diakses menerusi https://ift.tt/mlc72S1. SUMBER: Facebook Rasmi TH Facebook Rasmi JAKIM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 10 November 2023

Dakwaan Serbuk Kari Baba’s dan Alagappa’s Mengandungi Ramuan Tidak Wajar Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Maklumat yang tersebar berkenaan serbuk kari jenama Baba’s dan Alagappa’s mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya ADALAH TIDAK BENAR DAN TIDAK BERASAS SAMA SEKALI.Untuk makluman pengguna, kedua-dua produk ini merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini. Perlu diingatkan;- SUMBER: Facebook Rasmi JAKIM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 8 November 2023

Dakwaan Vaksin ISR Bakal Disuntik Secara Paksa Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 7 November 2023

Waspada Pautan Palsu Berkenaan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Sesi 2023 - Sebenarnya

Menurut Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai Bantuan Kanak-kanak (BKK) Sesi 2023 adalah palsu. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini. Dalam pada itu, MyKasih Founation turut menasihatkan orang ramai jika menerima sebarang SMS/ WhatsApp/ Telegram yang serupa dengan pesanan yang tular, jangan klik pada pautan URL tersebut dan jangan kongsi maklumat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 1 November 2023

Waspada Sindiket Penipuan Iklan Mempromosikan Pelbagai Produk Berjenama Di Media Sosial - Sebenarnya

Menurut CyberSecurity Malaysia: CyberSecurity Malaysia mendapati bahawa terdapat lonjakan iklan penipuan yang mempromosikan pelbagai produk dan promosi di platform media sosial popular oleh Meta, Facebook. Iklan tersebut dibuat oleh pelbagai halaman Facebook palsu yang menyamar sebagai individu sah dan jenama yang mendakwa menjalankan jualan dan promosi potongan harga. Salah satu iklannya ialah mengenai penyamaran sebagai […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 31 October 2023

Dakwaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Retak Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Negeri Pulau Pinang: Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat semakan bersama pihak Jambatan Pertama & Kedua Pulau Pinang. Hasil semakan mendapati video tersebut merupakan video lama dan insiden jambatan retak tersebut berlaku di luar negara sekitar tahun 2014. Dalam pada itu, Jambatan Kedua Sdn Bhd juga […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 27 October 2023

Penjelasan Notis Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan Oleh BNM Berkenaan Ancaman Kumpulan Penggodam. - Sebenarnya

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM): Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memaklumkan tentang notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) yang tersebar menerusi media sosial. BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber. Notis FinTIP ialah pemberitahuan untuk berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 26 October 2023

Penjelasan KPK Berhubung WHO CA+ Dan Pindaan IHR 2005 - Sebenarnya

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan (KPK): Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan beberapa perkara penting sebagai respons yang dibangkitkan. Antara isu yang paling utama adalah berkaitan isu kedaulatan dan autonomi negara. Kami ingin menekankan bahawa kedua-dua pertubuhan iaitu Perjanjian Konvensyen WHO dan juga pindaan yang dicadangkan pada IHR 2005, akan sepenuhnya menghormati kedaulatan dan autonomi negara Malaysia serta […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 25 October 2023

Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai Pegawai NSRC Melalui Panggilan Telefon Bagi Membantu Siasatan - Sebenarnya

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM): Polis Diraja Malaysia ingin mengingatkan masyarakat untuk berhati-hati sekiranya menerima panggilan telefon daripada mana-mana pihak yang mengaku sebagai pegawai National Scam Response Center (NSRC). NSRC tidak akan menghubungi anda bagi sebarang tujuan siasatan. Jika anda merupakan mangsa penipuan dalam talian (online scam) dan baru sahaja membuat transaksi kewangan, hubungi NSRC […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penjelasan Pendaftaran Perkahwinan Sivil Oleh YB MDN Di Pejabat JPN Putrajaya - Sebenarnya

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): JPN merujuk video yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp ketika ini mengenai YB Menteri Dalam Negeri sedang mendaftarkan perkahwinan sivil pasangan bukan muslim di Pejabat JPN Putrajaya sempena Majlis Sambutan Jubli intan JPN yang diadakan pada pagi, 25 Oktober 2023 (Rabu). Video tersebut merupakan rakaman di mana […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 21 October 2023

Penjelasan Penggantungan Saluran Awesome TV Di Platform MYTV - Sebenarnya

Menurut kenyataan pihak MYTV: Penggantungan saluran Awesome TV yang akan berkuat kuasa bermula 2 November 2023 dilakukan berikutan terdapat isu-isu komersial melibatkan pembayaran fi akses kepada MYTV oleh Awesome TV walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian bersama. MYTV broadcasting Sdn Bhd (“MYTV’) akan menggantungkan saluran TV Awesome Broadcasting Sdn […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 19 October 2023

Waspada Halaman Media Sosial Yang Menggunakan Logo Tabung Haji - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Lembaga Tabung Haji (TH): Halaman Facebook bernama “Thijari Tabung” bukan di bawah kendalian TH. Penggunaan logo juga adalah tanpa kebenaran TH. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan halaman di media sosial yang menggunakan logo TH. Hubungi TH di talian 03-62071919 jika mempunyai kemusykilan. SUMBER: Facebook Rasmi Lembaga Tabung Haji (TH) Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 18 October 2023

Penjelasan Hebahan Iklan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP): Semua hebahan urusan berkenaan di bawah Suruhanjaya ini hanya akan disiarkan di laman sesawang (www.spp.gov.my/ms) dan Platform media social rasmi SPP seperti berikut:- Penafian ini dibuat berdasarkan hebahan yang tular di beberapa ‘Page’ laman media sosial berkenaan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dengan tarikh tutup permohonan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan