Wednesday, 13 December 2017

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA
SESI 2018 AKAN DIBUKA PADA

16 DISEMBER 2017



Maklumat lanjut layari :



https://essem.moe.gov.my/

Tuesday, 12 December 2017

Kekosongan Jawatan di Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO)

Iklan Kekosongan Jawatan di Islamic Educational, Scientific and
Cultural Organization (ISESCO) di Rabat, Morocco

ISESCO mempelawa pegawai yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan
jawatan seperti yang dinyatakan di lampiran.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan Curriculum Vitae beserta
salinan sijil/diploma/sarjana muda/sarjana dan sijil-sijil yang
berkaitan ke scecgcs@isesco.org.ma selewat-lewatnya pada atau sebelum
28 Februari 2018.

Bil

Perkara



1.

Iklan Kekosongan Jawatan

Muaturun

PELAWAAN PERMOHONAN PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN SECARA PEMINJAMAN SEBAGAI PENGARAH SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION ORGANISATION REGIONAL CENTRE FOR SPECIAL EDUCATION (SEAMEO SEN), MELAKA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa calon-calon di
kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG54 hakiki yang
berminat untuk mengisi kekosongan jawatan secara peminjaman sebagai
Pengarah Southeast Asian Ministers Of Education Organisation Regional
Centre For Special Education (SEAMEO SEN), Melaka .

Pengarah SEAMEO SEN adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan
dasar-dasar dan program-program professional serta  pentadbiran yang
diluluskan oleh Lembaga Pengurus SEAMEO SEN dengan ditawarkan gaji
permulaan sebanyak RM8,913.25 . Sila rujuk lampiran untuk senarai
tugas dan syarat-syarat permohonan.

Bagi calon-calon yang berminat serta memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan, sila lengkapkan borang permohonan dan kemukakan kepada
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa pada atau sebelum 22 Disember
2017 (Jumaat) .

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Puan Umathevi
Ponnusamy di talian 03-88846107 atau emel:uma.ponnusamy@moe.gov.my



Bil

Perkara

1.

Borang

Muaturun

2.

Syarat Pencalonan

Muaturun

3.

Senarai Tugas Pengarah

Muaturun

Monday, 11 December 2017

Hebahan Persaraan Puan Azizah binti Bakar ( Bahagian Pengurusan Maklumat )

JASAMU DIKENANG



Untuk makluman, Puan Azizah binti Bakar telah bersara wajib sebagai

Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengurusan Maklumat)

berkuatkuasa mulai 01 Disember 2017

Friday, 8 December 2017

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor) Gred DG 48/52 (KUP) Dan DG 54 Di Bahagian Psikologi Dan Kaunseling, KPM

Tarikh tutup: 26 Disember 2017



Maklumat kekosongan jawatan boleh dimuat turun seperti berikut:

 Bil

Tajuk



 1

Surat Iklan Jawatan Kosong

Muat Turun

 2

Lampiran A (Iklan)

Muat Turun

 3

Lampiran B (Borang)

Muat Turun

Wednesday, 6 December 2017

Pelanjutan Tarikh Tutup Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2018/2019

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan ke Program
Matrikulasi KPM sesi 2018/2019 telah DILANJUTKAN sehingga 24 Disember
2017.

Layari https://matrikulasi.moe.gov.my untuk memohon.

Monday, 4 December 2017

Hebahan Semakan Pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Secara Dalam Talian

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) ingin memaklumkan tarikh
semakan pusat UKSBP adalah bermula pada 30 November 2017 hingga 15
Disember 2017. Semakan boleh dibuat di https://sst1.moe.gov.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan