Buat julung kalinya di N9! 😻
Cikgu² N9 dan Melaka yg berminat bagi Bengkel PAK21 dan STEM bersama Cg Hailmi,
sila klik:
https://goo.gl/forms/gPcKlcmyYlsGYTe83
BENGKEL PAK 21 DAN STEM BERSAMA CIKGU HAILMI
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2018 (SABTU) MASA : 8 PAGI - 1 TENGAHARI TEMPAT : KOLEJ UNIVERSITI LINTON, MANTIN YURAN : RM35 BILANGAN PESERTA : TERHAD KEPADA 120 ORANG TERAWAL SAHAJA
from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://goo.gl/forms/gPcKlcmyYlsGYTe83
via mykelabguru.viral@blogger.com
Monday, 3 September 2018
Buat julung kalinya di N9! 😻Cikgu² N9 dan Melaka yg berminat bagi Bengkel PAK21 dan STEM bersama Cg Hailmi,sila klik:https://goo.gl/forms/gPcKlcmyYlsGYTe83
Sedang mencari bahan sumber #STEM untuk guru? Jom dapatkan kat SINI
Sedang mencari bahan sumber #STEM untuk guru? Jom dapatkan kat SINI
Bahan Sumber STEM untuk Guru
from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2Cc6Mz4
via mykelabguru.viral@blogger.com
Tuesday, 28 August 2018
Tahun ni pun ada. Masuk ke??
Tahun ni pun ada. Masuk ke??
TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM
Akhirnya saya sahut juga cabaran untuk menyertai satu pertandingan inovasi, TNOVATE 2016 yang dianjurkan oleh UIAM. Karnival Inovasi Guru in...
from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2LD2PmE
via mykelabguru.viral@blogger.com
Monday, 27 August 2018
Permohonan Murid secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM Tahun 2019
----
Permohonan Murid secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM Tahun 2019 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4332-permohonan-murid-secara-online-kemasukan-ke-tingkatan-satu-1-sbp-kpm-tahun-2019
Sukacita Permohonan Murid secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM Tahun 2019 telah di buka dari 27 Ogos 2018 (Isnin) sehingga 30 September 2018 (Ahad). Anda boleh klik di siniuntuk permohonan lanjut.
Terima kasih.
- Penulis Berita: Bahagian Pengurusan Maklumat
Friday, 24 August 2018
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
----
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4320-segak
SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan.
SEGAK adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina. Hanya instrumen Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI) yang menggunakan norma dari WHO, 2007.
Matlamat SEGAK adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
Objektif SEGAK adalah murid dapat:
4.1 Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;
4.2 Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
4.3 Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;
4.4 Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan
4.5 Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008 yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan dan Murid Tingkatan hingga Tingkatan 5 yang berusia 10 hingga 17 tahun. Ujian SEGAK dilaksanakan secara standard seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos. Terdapat lima instrumen dalam bateri Ujian SEGAK, iaitu:Pengiraan Indeks Jisim BadanUjian Naik Turun Bangku selama 3 minitUjian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah SuaiUjian Ringkuk Tubi SeparaUjian Jangkauan Melunjur
PELAPORAN SEGAK
Keputusan ujian SEGAK direkodkan dengan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) sebaik sahaja selesai ujian. Dapatan bagi setiap ujian SEGAK akan dirujuk kepada norma SEGAK mengikut umur dan jantina murid untuk mendapatkan skor. Skor SEGAK juga dimuatnaik dalam Aplikasi APDM-Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)-SEGAK. Keputusan ujian SEGAK dilaporkan seperti berikut:
6.1 Keputusan ujian Indeks Jisim Badan
6.2 Keputusan ujian fizikal
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 dan Buku Panduan SEGAK, data ujian SEGAK perlu dilaporkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.
DISEDIAKAN OLEH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
14 OGOS 2018
Garis Panduan Pemilihan Bidang Pengajian dan Universiti Untuk Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa di Luar Negara Dengan Tajaan Selain KPM atau Pembiayaan Sendiri bagi PPP
----
Garis Panduan Pemilihan Bidang Pengajian dan Universiti Untuk Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa di Luar Negara Dengan Tajaan Selain KPM atau Pembiayaan Sendiri bagi PPP // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4325-garis-panduan-pemilihan-bidang-pengajian-dan-universiti-untuk-mengikuti-kursus-jangka-sederhana-dan-kursus-jangka-panjang-secara-sepenuh-masa-di-luar-negara-dengan-tajaan-selain-kementerian-pendidikan-malaysia-kpm-atau-pembiayaan-sendiri-bagi-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp
BIL | TAJUK | MUAT TURUN |
1 | Makluman Garis Panduan | Muat Turun |
2 | Garis Panduan | Muat Turun |