Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
Untuk makluman, Kerajaan India telah melancarkan program ASEAN Fellowship for PhD pada 16 September 2019 bagi mengukuhkan hubungan kerjasama di antara India dan negara-negara ASEAN. Menerusi program ini, Kerajaan India telah menawarkan sebanyak seribu (1000) peluang biasiswa kepada warganegara ASEAN bagi melanjutkan pengajian ke peringkat PhD di mana-mana India Institutes of Technology (IIT). Permohonan biasiswa ini adalah secara atas talian menerusi pautan http://asean.iitd.ac.in/ dan tarikh permohonan adalah dari 17 September 2019 hingga 31 Oktober 2019. Bersama-sama ini disertakan brosur rasmi berhubung penawaran ASEAN Fellowship for PhD at Indian Institutes of Technology (IIT) untuk rujukan jua.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Cawangan Dasar & Strategik
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Muat Turun:
Penawaran Biasiswa ASEAN Fellowship For PhD At IIT
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat SEAMEO yang beroperasi di Bangkok, Thailand telah memohon pencalonan daripada Kementerian ini untuk mengisi jawatan Programme Officer I seperti di yang dilampirkan.
Sehubungan dengan itu, sukacita dijemput Pegawai Kanan Gred 44 atau 48 yang berminat untuk mengemukakan borang permohonan (soft copy dan hard copy) beserta resume ke Bahagian ini selewat-lewatnya 11 Oktober 2019. Untuk sebarang maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi En. Syahmi bin Nazri melalui e-mel syahmi.nazri@moe.gov.my.
Bersama-sama ini dilampirkan dokumen-dokumen seperti berikut untuk makluman semua:
Sekian dan salam hormat.
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Muat Turun:
PRIVILEGES OF PROFESSIONAL STAFF AT SEAMEO SECRETARIAT
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PROGRAMME OFFICER I DI PEJABAT SEKRETARIAT SEAMEO BANGKOK
EXTRACT FROM SEAMES STAFF REGULATION AND STAFF RULES
BORANG PERMOHONAN - PROGRAMME OFFICER I
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Bil | Tajuk | Muat Turun |
1. | Iklan jawatan kosong ELTC - Ketua Jabatan dan Pegawai Sekretariat ELSQC | Muat Turun |
2. | Iklan jawatan kosong ELTC - Pensyarah | Muat Turun |
3. | Borang Permohonan Pensyarah - BORANG PPP (ELTC) 2019 | Muat Turun |