Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb
Saturday, 28 September 2019
Friday, 27 September 2019
Video Tular Buli Remaja Lelaki Berlaku Di Malaysia? - Sebenarnya
PENJELASAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan berhubung video buli pelajar yang didakwa berlaku di Malaysia sepertimana yang tular di media sosial. Menurut PDRM, pihaknya mengesahkan video buli yang tular di media sosial seperti di bawah bukan berlaku di Malaysia, sebaliknya berlaku di negara Indonesia sekitar tahun 2018. SUMBER: Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia Sinar Harian Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my
Sumber : Sebenarnya.my
Tuesday, 24 September 2019
Kejayaan Warga Pendidikan Kedah Dihargai; Terima Anugerah Dari Pengarah - CikguHailmi
Ini kali pertama saya menghadiri perhimpunan bulanan JPN Kedah. Saya dijemput Sektor Akademik untuk disampaikan semula Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa #IUCEL2019 di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri, Cikgu Abd Aziz bin Selaiman.
Bersama saya juga guru dan pegawai yang menerima banyak lagi kejayaan dan sumbangan di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa; termasuk yang bawak team bola Malaysia ke Osaka baru-baru nih, dan muncul Johan di sana, the Malaysia Warriors! Hebat weyh..
Terima kasih JPN #Kedah atas kecaknaan dengan kejayaan dan sumbangan luar biasa guru-guru negeri Kedah di dalam dan di luar daripada negeri. Semoga dengan pengiktirafan ini juga menyuntik semangat para guru untuk terus bersemangat mencurah bakti kepada negeri ini.
Selain daripada pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres, perhimpunan juga diserikan dengan Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Amin!
#GNN #GuruNadiNegara @ Dewan Al - Farabi , BTPN KEDAH
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com
Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa #IUCEL2019 di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri, Cikgu Abd Aziz bin Selaiman |
Bersama saya juga guru dan pegawai yang menerima banyak lagi kejayaan dan sumbangan di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa; termasuk yang bawak team bola Malaysia ke Osaka baru-baru nih, dan muncul Johan di sana, the Malaysia Warriors! Hebat weyh..
Terima kasih JPN #Kedah atas kecaknaan dengan kejayaan dan sumbangan luar biasa guru-guru negeri Kedah di dalam dan di luar daripada negeri. Semoga dengan pengiktirafan ini juga menyuntik semangat para guru untuk terus bersemangat mencurah bakti kepada negeri ini.
Perhimpunan Bulanan JPN Kedah bagi bulan September 2019 |
Pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres |
Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59 |
Selain daripada pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres, perhimpunan juga diserikan dengan Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Amin!
#GNN #GuruNadiNegara @ Dewan Al - Farabi , BTPN KEDAH
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com
Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2019 - Pengumuman KPM
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Simposium Dengan Pengetua Guru Besar, "If Opportunity Doesn't Knock.." - CikguHailmi
Hari ini saya berpeluang untuk kongsikan impak keterlibatan saya dalam program guru antarabangsa bersama pentadbir sekolah bagi Simposium Perkongsian Amalan Terbaik PPD Kubang Pasu 2019.
Disebabkan audiens nya adalah kalangan pengetua dan guru besar, maka perkongsian pengalaman adalah menjurus kepada bagaimana peranan PGB boleh menyokong peluang-peluang pelatihan guru antarabangsa ini dalam meningkatkan kualiti profesionalisme guru mereka sendiri.
Selain berlakunya transfer of knowledge, impak lebih besar adalah bagaimana pengalaman ini berupaya meningkatkan kefahaman dan Profesionalisme saya sendiri sebagai seorang pendidik. Malang lah jika selepas balik, masih dengan amalan yang sama.
Dan bila kualiti guru meningkat, sudah pasti impak tersebut jugak akan dapat memberi impak kepada murid dan sekolah.
Namun realitinya bukan semua pentadbir mampu berkongsi aspirasi yang sama dengan guru. Ada guru bagus, pun tak dapat berkembang kerana perbezaan aspirasi. Kasihan guru.
Untuk ini, saya bersyukur kerana diberi rezeki bertemu pengetua-pengetua yang sangat menyokong kepada kemenjadian saya dan rakan sebagai guru. Terima kasih Pengetua! Saya sangat hargai!
Saya tutup perkongsian hari nih dengan satu quote tentang peluang,
"If opportunity doesn't knock, BUILD A DOOR!"
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com
Disebabkan audiens nya adalah kalangan pengetua dan guru besar, maka perkongsian pengalaman adalah menjurus kepada bagaimana peranan PGB boleh menyokong peluang-peluang pelatihan guru antarabangsa ini dalam meningkatkan kualiti profesionalisme guru mereka sendiri.
Simposium Perkongsian Amalan Terbaik PPD Kubang Pasu 2019 |
Selain berlakunya transfer of knowledge, impak lebih besar adalah bagaimana pengalaman ini berupaya meningkatkan kefahaman dan Profesionalisme saya sendiri sebagai seorang pendidik. Malang lah jika selepas balik, masih dengan amalan yang sama.
Dan bila kualiti guru meningkat, sudah pasti impak tersebut jugak akan dapat memberi impak kepada murid dan sekolah.
Namun realitinya bukan semua pentadbir mampu berkongsi aspirasi yang sama dengan guru. Ada guru bagus, pun tak dapat berkembang kerana perbezaan aspirasi. Kasihan guru.
Untuk ini, saya bersyukur kerana diberi rezeki bertemu pengetua-pengetua yang sangat menyokong kepada kemenjadian saya dan rakan sebagai guru. Terima kasih Pengetua! Saya sangat hargai!
Saya tutup perkongsian hari nih dengan satu quote tentang peluang,
"If opportunity doesn't knock, BUILD A DOOR!"
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com
Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 Ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Tahun 2019 - Pengumuman KPM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019. Sehubungan itu, semua Ketua Jabatan adalah dipohon untuk mengenalpasti Guru Besar yang telah memenuhi syarat-syarat pemangkuan dan seterusnya memastikan pegawai-pegawai tersebut diperakukan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).
Untuk makluman, permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan Sistem ePangkat. Permohonan yang dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan dalam urusan ini juga hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus yang telah ditetapkan.
Bagi Guru Besar yang telah diperakukan kenaikan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD pada Tahun 2019 dan sebelumnya adalah TIDAK DIBENARKAN memohon urusan pemangkuan Laluan Khas ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD tertakluk kepada iklan yang telah/ akan dibuka.
Iklan boleh mula dimohon mulai 26 September 2019 (Khamis) sehingga 11 Oktober 2019 (sebelum jam 11.59 malam).
Untuk maklumat lanjut, tuan/puan bolehlah merujuk kepada Surat Siaran Urusan Pemangkuan dan Manual Permohonan yang dilampirkan bersama.
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Monday, 23 September 2019
Kenyataan Media: Laporan Status Penutupan Dan Pembukaan Sekolah Akibat Jerebu Di Seluruh Negara - KPM
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb
Sumber : KPM fb
Subscribe to:
Posts (Atom)