Ruj.Kami : KPM.100-16/4/3 (75)
SEMUA PENGARAH BAHAGIAN
SEMUA PENGARAH JPN
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 15/2020
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru bagi Jilid 15/2020. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai/pensyarah/guru daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang artikel berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.
- Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Artikel mengikut format yang ditetapkan untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan artikel tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel tersebut jurnalbpg@gmail.com / hasmidatulsuria@moe.gov.my . Tarikh akhir penghantaran artikel tersebut adalah pada 15 Januari 2020.
- Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia jurnal di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi ditalian 03-8884 1369 dan email; hasmidatulsuria@moe.gov.my / jurnalbpg@gmail.com.
- Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru
Bahagian Profesionalisme Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Muat turun:
Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2020
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia