Thursday, 9 January 2020

Seminar Aliran Terkini Dalam Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat - Pengumuman KPM

seminar aliran terkini



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

ASEAN Youth Convergence Forum (AYCF) 2020 - Pengumuman KPM

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

HEBAHAN: ASEAN YOUTH CONVERGENCE FORUM (AYCF) 2020, 5-7 MARCH 2020, LIMA PARK HOTEL, LIMA COMMERCIAL ESTATE, BATANGAS, PHILIPPINES

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia (ASEAN-Malaysia National Secretariat – AMNS), Kementerian Luar Negeri (KLN) telah memanjangkan satu jemputan ke program ASEAN Youth Convergence Forum (AYCF) 2020 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Mac 2020 di Lima Park Hotel, Lima Commercial Estate, Malvar, Batangas, Philippines.

3.         Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, AYCF merupakan sebuah program persendirian yang dianjurkan oleh First Asia Institute and Humanities (FAITH) Colleges secara tahunan dan mendapat sokongan penuh dari Sekretariat ASEAN. Program ini antara lain bertujuan untuk (i) meningkatkan hubungan antara individu terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah peringkat menengah dan para guru dari negara-negara ASEAN serta (ii) meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan regional grouping dalam kalangan pelajar sekolah peringkat menengah dari negara-negara ASEAN.

4.         Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan jua, setiap delegasi yang berminat untuk menyertai program ini haruslah terdiri daripada dua (2) orang pelajar sekolah peringkat menengah dan seorang (1) guru pengiring. Pihak penganjur AYCF 2020 akan menanggung separuh daripada pakej program yang meliputi yuran pendaftaran, penginapan, makan/ minum dan lawatan pendidikan bagi satu (1) delegasi, manakala perbelanjaan bagi tiket penerbangan dan lain-lain perbelanjaan adalah dibawah tanggungan masing-masing. Dalam pada itu, turut dipanjangkan bersama-sama e-mel ini adalah dokumen-dokumen berkaitan (termasuk butiran program dan borang pendaftaran) untuk rujukan dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan jua. Video pendek berhubung program ini boleh didapati di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1PyqETPUXwx4lABZqTQy74UijGWMpGHgS?usp=sharing. Adalah dimaklumkan jua bahawa tarikh tutup bagi pendaftaran AYCF 2020 adalah pada pertengahan Februari 2020.

5.         Sehubungan dengan itu, segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan dalam menyebar luas perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Keputusan rayuan bagi kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2020 - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Keputusan rayuan bagi kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2020 boleh di semak pada 15 Januari 2020 bermula jam 2.00 Petang melalui URL https://essem.moe.gov.my/



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Terima Kasih Cikgu!

Penghargaan



Jutaan terima kasih kepada Cikgu Shahri b. abdul rani dari Sekolah Kebangsaan RKT Bersia, Felda Bersia, Gerik, Perak. dan Cikgu FARHANA HAZWANEE NORA BINTI ABDULLAH dari SMK Alang Iskandar kerana telah menyumbang bahan untuk PBD. Semoga perkongsian ini bermanfaat semua warga pendidik. Kepada rakan-rakan guru yang ingin membuat sumbangan boleh dilakukan melalui pautan berikut :
Ingin menggunakan bahan sumbangan mereka? Klik pautan berikut :
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Wednesday, 8 January 2020

Kenyataan Media: Penularan Wabak Influenza A Di Sekolah - KPM

KENYATAAN MEDIA KPM INFLUENZA A 1

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Kenyataan Media: Tiada Agensi Dilantik Untuk Urusan Pengambilan IPTA - KPM

Kenyataan Media Tiada Agensi Dilantik Untuk Urusan Pengambilan IPTA1Kenyataan Media Tiada Agensi Dilantik Untuk Urusan Pengambilan IPTA1

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Keputusan Temuduga Jawatan Pensyarah Kanan/Pensyarah/Pegawai Pembangunan dan Pegawai Penyunting di Institut Aminuddin Baki KPM - Pengumuman KPM

Keputusan Temuduga Jawatan Pensyarah Kanan/Pensyarah/Pegawai Pembangunan dan Pegawai Penyunting di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak melalui Sistem Permohonan Pensyarah Baharu (SPPB).



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan