Alhamdulillah selesai berkursus untuk pemantapan lebih 80 orang TPU (Tenaga Pengajar Utama) bagi IBSE bersama Pusat STEM Negara.
Kursus kali kedua selepas tahun 2018 nih menghimpunkan kesemua TPU IBSE dari seluruh Malaysia. Dan tugas kami adalah untuk review semula aktiviti yang telah dijalankan, supaya pelaksanaan pada Fasa seterusnya dapat memberi kan impak lebih baik kepada guru yang terlibat.
Saya gembira kerana dapat bertemu dengan lebih ramai rakan guru dan pensyarah IPG yang hebat-hebat dan baik-baik belaka. Banyak ilmu, dan masing-masing langsung tak lokek nak berkongsi. Banyak saya belajar kali nih.
Semoga juga inisiatif Pusat STEM Negara ini dapat mengembalikan kegembiraan dalam mempelajari Sains secara inkuiri kepada murid dan guru. Semoga juga lebih ramai guru yang menjadikan IBSE sebagai pendekatan pilihan bagi menerapkan KBAT dalam kalangan murid.
Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada anda! ❤️
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber :
CikguHailmi.com