
Sumber : Sebenarnya.my
Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO Regional Centre for QITEP in Mathematics (SEAQiM), sebuah pusat serantau SEAMEO yang berpusat di Yogyakarta, Indonesia mempelawa sesiapa yang berminat untuk mengemukakan Kertas Kerja Akademik berfokuskan kepada kajian dalam bidang pendidikan matematik untuk dimasukkan dalam Southeast Asian Mathematics Education Journal (SEAMEJ). SEAMEJ merupakan satu jurnal akademik yang berfokuskan kepada kajian pembelajaran dan kertas teoretikal dalam bidang pendidikan matematik serta diterbitkan dua kali dalam setahun seperti ketetapan berikut:
Penerbitan | Tarikh tutup penghantaran Kertas |
Jun | 5 April 2020 |
Disember | 30 September 2020 |
Sekiranya berminat, sila layari laman web https://www.qitepinmath.org/en/seamej/ atau emailkan kepada seamej@qitepinmath.org untuk maklumat lanjut.
Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dari lampiran.
Pendaftaran boleh dilakukan di pautan https://forms.gle/eX6xSB3UcRQ1gRWd9 atau dengan mengimbas kod QR di bawah: