
Sumber : Sebenarnya.my





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Susulan daripada perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 mengenai Covid-19, dimaklumkan bahawa permohonan dalam talian bagi Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2020 melalui laman web e-Penawaran (https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm) yang telah dibuka mulai 11 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Mohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini berkenaan tarikh baharu tawaran biasiswa ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel penawaran.bb@moe.gov.my atau tm.bbp@moe.gov.my (masalah berkaitan teknikal).
Sekian, terima kasih.
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
17 Mac 2020
Selaras Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai penularan wabak COVID-19 untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (14 Hari) di seluruh negara.
Dimaklumkan bahawa tarikh lapor diri Urusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Bagi 2,917 Calon Di Sekolah Rendah (SK Dan SJKC) Fasa 1 Tahun 2020 yang dijadualkan pada 6 April 2020 (Isnin) ditangguhkan pada 15 April 2020 (Rabu).
Harap maklum.

Selaras Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai penularan wabak COVID-19 untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (14 Hari) di seluruh negara.
Dimaklumkan bahawa tarikh lapor diri penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dijadualkan pada 23 Mac 2020 (Isnin) ditangguhkan pada 06 April 2020 (Isnin).
Harap maklum.
