Thursday, 19 March 2020

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan KPM - Pengumuman KPM

 

 Muat turun FAQ Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan KPM



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday, 18 March 2020

Logo MKN Di Notis Majikan Wajib Bayar Penuh Gaji Pekerja Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), berita tersebut adalah palsu. SUMBER: Saluran Telegram Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Terdapat Jangkitan COVID-19 Dari Pasaraya Tesco Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Hasil semakan dan penelitian pihak MCMC mendapati bahawa klip video yang mendakwa bahawa terdapat dua individu yang dijangkiti COVID-19 dari pasaraya Tesco adalah palsu. Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Tesco Malaysia, tiada sebarang kes positif COVID-19 yang dilaporkan di mana-mana cawangan Tesco di Malaysia. Dakwaan bahawa wabak COVID-19 telah dikenalpasti di Tesco […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kejadian Wanita Pengsan Di Sebuah Restoran Adalah Di Clementi Mall, Singapura - Sebenarnya

SEBENARNYA: Dari penelitian MCMC, menurut laman sesawang asiaone.com, kejadia itu berlaku di hadapan restoran Jinjja Chicken di dalam Clementi Mall di Singapura. Seorang jurucakap bagi Clementi Mall memberitahu AsiaOne pada 13 Mac bahawa mereka tidak mengalihkan wanita tersebut kerana mereka tidak pasti sebab kejatuhannya dan jika wanita terbabit mempunyai sebarang keadaan perubatan sedia ada. SUMBER: […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wanita Pengsan Di Pasar Sungai Besar Bukan Berpunca Daripada Jangkitan COVID-19 - Sebenarnya

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, “kejadian membabitkan seorang wanita jatuh pengsan disebabkan tekanan darah rendah di pasar awam berkenaan.” SUMBER: Harian Metro Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Jururawat Bernama Ayu Yang Dijangkiti COVID-19 Di Hospital Shah Alam - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Tiada jururawat bernama Ayu di Hospital Shah Alam (HSA) dijangkiti COVID-19. Hentikan menyebar maklumat palsu ketika kita sedang berhadapan krisis kerana ia memburukkan lagi keadaan. SUMBER: Twitter Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Bagaimana Nak Jadikan Book Review [PPB] Sebagai Aktiviti Book Club [PLC] Jugak? - CikguHailmi

Sementara 'cuti' COVID-19 nih yang katanya ramai taktau nak buat apa, maka bolehlah isi masa lapang yang terluang tu dengan banyak aktiviti berfaedah. Salah satunya adalah melalui Pembacaan Buku (Book Review) yang boleh dijadikan sebagai mata PPB (Pembangunan Profesionalisme Berterusan) untuk tambah mata kredit anda. So saya kongsikan kat sini cara pelaksanaan, contoh format pelaporan Pembacaan Buku dan bagaimana nak jadikan dia jugak kepada Book Club (PLC).


Bagaimana nak jadikan Book Review [PPB] sebagai Book Club [PLC] jugak?

So yang pertama kena fahamkan dulu yang anda nak buat nih Book Review yer, bukan Book Club. Apa beza dia? Book Review nih adalah Pembacaan Buku untuk anda tingkatkan profesionalisme anda secara individu dan boleh dikumpulkan sebagai mata PPB.

Manakala Book Club [Kelab Buku] pula adalah alat kolaboratif yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan profesionalisme komuniti sekolah anda secara berkumpulan dan boleh dijadikan sebagai PLC. OK, dah faham tak?


Pembacaan Buku [Book Review]
So, untuk Book Review atau Pembacaan Buku ini anda boleh lah mulakan dengan memilih buku yang sesuai dengan keperluan anda sebagai guru. Tak kisah lah keperluan umum atau khusus untuk matapelajaran, janji melalui pembacaan buku tu boleh memberi peningkatan ilmu kepada anda. Jangan buku memasak jer!

Selesai anda baca, maka anda boleh lah mendaftar untuk Pembelajaran Kendiri dalam SPLKPM. Yer lah, baca habis satu buku, sekurang nya adalah manfaat lain juga untuk perekodan anda kan.. So caranya nak daftar mudah saja.

Boleh bukak laman web rasmi SPLKPM kat sini ya https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

Kemudian klik ikut arahan, SPLKPM > Pembelajaran Kendiri > Senarai > Pembacaan Buku >

Baca buku pun boleh masuk dalam SPLKPM - Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia
Baca buku pun boleh masuk dalam SPLKPM - Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia


Nih maklumat lanjut yang dia nak, seperti,

Tajuk buku
Penulis buku
Bahasa buku
Bilangan mukasurat
Sinopsis buku
Tarikh pembacaan
Pembentangan
Jangan lupa juga isi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan anda. Borang dia nih macam ala-ala sinopsis lah kepada apa yang kita baca dan dapat daripada buku tersebut.


Sains-lah 2: novel inspirasi kisah benar 20 saintis muda di Malaysia
Sains-lah 2: novel inspirasi kisah benar 20 saintis muda di Malaysia

Step ketiga adalah anda kena dapatkan pengesahan daripada Pengetua melalui pembentangan. Actually kalau tak bentang pun takpe, tapi kalau dapat bentangkan apa yang anda dapat daripada pembacaan tu, lagi best kan? Silap haribulan punya bagus, boleh juga dikongsikan dengan rakan guru lain juga.

Selepas selesai pengesahan oleh Pengetua, maka anda dapatlah 6 mata kredit bagi 1 buah buku dalam PPB anda. Best kan? Ok Selesai!


Kredit: Ustaz Mohd Asrulnizam bin Yusuf, Pegawai Pendidikan Islam di JPN Kedah



Kelab Buku [Book Club]
Bagi yang rajin lebih dan nak jadikan Book Review ini sesuatu yang lebih bermanfaat kepada rakan-rakan guru komuniti di sekolah, maka boleh lah sambung pulak dengan aktiviti PLC (Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club). Berikut adalah objektif dan perkara yang patut diberi perhatian oleh guru.


aktiviti PLC (Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club)

aktiviti PLC (Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club)

Sebagai pendokumentasian dan evidens melaksanakan PLC ini maka jangan lupa juga sediakan surat jemputan serta dokumentasi ringkas sebagai bukti.

Senang kerja kan?. Buat satu perkara, akhirnya ada dua perkara yang kita dapat. Semoga dengan perkongsian ini memudahkan urusan cikgu meningkatkan lagi profesionalisme dalam keguruan. Selamat maju jaya!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan