Tuesday, 24 March 2020

[Call For Applications] ASEAN Data Science Explorers (ADSE) 2020 - Pengumuman KPM

ADSE Call for Applications 2020

Muat Turun Info ADSE

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

HEBAHAN: [CALL FOR APPLICATIONS] ASEAN DATA SCIENCE EXPLORERS (ADSE) 2020 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat ASEAN (ASEAN Secretariat - ASEC) telah memanjangkan hebahan berhubung panggilan penyertaan ke program ASEAN Data Science Explorers (ADSE) 2020. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, ADSE yang dilancarkan pada tahun 2017, merupakan sebuah inisiatif flagship yang dianjurkan oleh ASEAN Foundation dengan kerjasama SAP. ADSE dilihat sebagai sebuah platform terbaik untuk meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan belia ASEAN. Sehingga tahun 2019, ADSE telah berjaya memupuk kepentingan literasi digital (digital literacy) dalam kalangan mahasiswa dari lebih 250 institusi pendidikan tinggi di seluruh ASEAN. 

3.     Sehubungan dengan itu, pihak ASEAN Foundation dan SAP telah mempelawa mahasiswa-mahasiswa dari negara-negara ASEAN yang mempunyai kebolehan untuk membangunkan pendekatan-pendekatan berkonsepkan data-driven dengan matlamat untuk meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ASEAN untuk menyertai ADSE 2020. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua, ADSE 2020 turut merangkumi segmen program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication technology - ICT) dalam kalangan belia ASEAN serta merapatkan jurang digital di peringkat rantau ASEAN dan antarabangsa. Penganjuran ADSE ini juga adalah selaras dengan komitmen ASEAN di bawah ASEAN ICT Masterplan 2020 dan ASEAN Work Plan on Youth and Education 2016-2020. 

4.         Dalam pada itu, sukacita dikemukakan bersama adalah nota makluman dan poster berhubung ADSE 2020 (seperti di Lampiran) untuk perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi terus Mr. Ilan Asqolani, ASEAN Foundation menerusi alamat e-mel ilan.asqolani@aseanfoundation.org atau mengemukakan pertanyaaan melalui alamat e-mel seperti di bawah: 

5.   Untuk makluman tambahan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, borang pendaftaran bagi penyertaan ke program ADSE 2020 boleh didapati menerusi pautan www.aseandse.org/register

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan di dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tahniah! PKP bukan halangan guru berkreativiti tinggi jalankan PDPC

Tahniah! PKP bukan halangan guru berkreativiti tinggi jalankan PDPC.





Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Semangat guru itu tiada batasnya, walaupun patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang memerlukan semua berada di rumah, namun tidak menghalang guru daripada meneruskan pengajaran dan pembelajaran bersama murid dari rumah masing-masing. 

Guru ini berinteraksi dengan murid-muridnya dari sekolah Sekolah Kebangsaan Kampung Dato' Seri Kamaruddin menggunakan aplikasi 'Hangouts Meet' yang membolehkan guru dan murid berinteraksi melalui rakaman video dan suara. Selain daripada itu, murid juga boleh berinteraksi dengan murid secara dua hala di dalam skrin yang sama menggunakan aplikasi add on Jamboard



      


     

Pada masa yang sama juga Cikgu Ruth Ling turut bersama-sama murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Bayu melaksanakan PDPC secara online menggunakan aplikasi yang berbeza iaitu Zoom dan juga Annotator. Berikut paparan screenshot yang dikongsikan bersama :







Persamaan dua orang guru berkreativiti tinggi ini ialah mereka berdua adalah 'Certified Educator' dalam program Google For Education. Semoga perkongsian ini dapat membakar semangat guru-guru yang lain untuk menjadikan PKP yang dilaksanakan bukanlah penghalang untuk kita meneruskan perjuangan. Tahniah!.



Sumber : cikgusuffi.com

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat

Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Panggilan Telefon, Perbualan Media Sosial Dan Nombor IMEI Dirakam Dan Dipantau Oleh Pihak Berkuasa Adalah Mesej Palsu Yang Dikitar Semula - Sebenarnya

SEBENARNYA: Hasil semakan dan penelitian pihak MCMC mendapati bahawa kandungan yang tular tersebut adalah palsu. Kandungan yang tular tersebut adalah mesej yang dikitar semula sejak tahun 2015. Mesej tersebut juga diolah dan mempunyai pelbagai versi saban tahun seperti di bawah. Versi Terdahulu – Tular: November 2018 Versi Terdahulu – Tular: April 2018 Versi Terdahulu – […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan 4 Lokasi Panas (Red Zone) COVID-19 Di Selangor Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Mesej memaparkan senarai beberapa lokasi panas wabak koronavirus (Covid-19) di Selangor yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp disahkan palsu. Sumber rasmi pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan mesej itu tidak sahih. Turut dinyatakan dalam mesej yang kononnya dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor itu empat lokasi yang disenaraikan dan dikenal pasti sebagai kawasan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Hospital Permai Mohon Bantuan ‘Protection Clothing’ Melalui Agen Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ): Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin membuat penafian viral di media sosial berkaitan pengumuman dari Hospital Permai memohon bantuan alat seperti dinyatakan. Hospital Permai tidak pernah memohon alat yang dinyatakan dan meminta agen diatas untuk membuat pembelian. SUMBER: Facebook Rasmi JKNJ Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Anggota ATM Bertindak Tahan Individu Di Jalan Gapam, Melaka Kerana Mencuri Tabung Masjid Dan Pecah Tokong - Sebenarnya

Polis menafikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bertindak agresif ketika melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Gapam, Bemban. Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan sebaliknya gambar itu adalah ketika anggota tentera menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai cuba meloloskan diri selepas melakukan jenayah melibatkan masjid dan tokong di […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday, 23 March 2020

Semakan Program Pengeluaran KWSP i-Lestari Di Pautan semakanonline.com Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengesahkan laman web semakanonline.com yang tular di media sosial bukan milik KWSP atau mana-mana agensi kerajaan. Menurut Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, proses pendaftaran akan bermula pada 1 April 2020 melalui kaedah e-mel dan juga pos. “Pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei 2020.” […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan