Wednesday, 15 April 2020

Tiada Bukti Yang Menunjukkan Bahawa ‘Disinfection Box/ Chamber/ Tunnel/ Booth/ Partition Gate’ Berkesan Dalam Mengurangkan Jangkitan COVID-19 - Sebenarnya

Menurut kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, KKM ingin memaklumkan bahawa beberapa permohonan telah diterima bagi tujuan pengesahan penggunaan Disinfection Box / Chamber / Tunnel /Booth / Partition / Gate untuk mengurangkan jangkitan COVID-19, di mana ianya telah dinilai oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM. Ini memandangkan ianya dilaporkan telah […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Kononnya Terdapat Kes Positif COVID-19 Di Pasar Borong Pandan, Johor Bahru Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, pihak JKN Johor ingin merujuk kepada mesej yang tular di media sosial berkaitan Kes Positif COVID-19 di Pasar Borong Pandan. Untuk makluman, JKN Johor ingin menafikan maklumat tersebut dan ianya adalah tidak benar. SUMBER: Facebook Rasmi JKN Johor Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada WhatsApp Gold Yang Mengandungi Perisian Hasad (Malware) - Sebenarnya

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan mesej yang menawarkan untuk memuat turun WhatsApp Gold serta amaran berkenaan pengeluaran video bertajuk ‘Gambarelli’ yang dipercayai mengandungi virus. Berdasarkan penelitian dan semakan pihak MCMC, mesej yang ditularkan merupakan mesej yang dikitar semula sejak Mei 2016 seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun UK. Menurut The Sun, mesej asal […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Warga Emas Yang Ditemui Kelaparan Di Tepi Jalan Lipis Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Bukan Kerana Kelaparan - Sebenarnya

Warga emas yang tular di laman sosial kerana ditemui terbaring dalam keadaan lemah di tepi jalan di Lipis, Isnin lalu (13 April 2020), disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata bedah siasat terhadap Lai Fah Kuen, 72, dilakukan di Hospital Kuala Lipis semalam (14 April 2020), bagi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 14 April 2020

Dakwaan Makanan Yang Diberikan Kepada Pelajar Oleh Pihak USM Tidak Berkualiti Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Universiti Sains Malaysia (USM), pihak USM mengambil serius dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebar berita palsu dalam mana-mana platform media sosial dan sebagainya. USM turut menyedari dan memandang serius penghinaan pelajar melalui media sosial yang mengatakan makanan yang diberi tidak berkualiti. Dalam perkembangan sama, seperti yang dilaporkan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Individu Mabuk Pecahkan Cermin Dan Lari Keluar Dari Ambulans Di Satok - Sebenarnya

Seorang individu mabuk ditahan selepas membuat kekecohan dan mencederakan Penolong Pegawai Perubatan serta memecahkan cermin ambulans milik Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching. Kejadian dilaporkan berlaku 6.20 petang di Jalan Kulas berhadapan sebuah bank di Satok. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, kejadian berlaku semasa ambulans terbabit dalam perjalanan ke Kampung […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Mesej Kononnya Dari MKN Memaklumkan Bahawa Bazar Ramadhan 2020 Dibenarkan Untuk Beroperasi Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berkaitan kebenaran bagi Bazar Ramadan beroperasi dan menegaskan berita yang tular ini adalah palsu. SUMBER: Saluran Telegram Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan