Sunday, 26 April 2020

Dokumen SOP Pergerakan Pelajar IPT Yang Tular Di Media Sosial Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT): Satu kenyataan palsu mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) Pergerakan Pelajar IPT telah dimuat naik ke media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak pernah mengeluarkan SOP seperti yang ditularkan. Mohon untuk tidak menyebarkan maklumat palsu ini. SUMBER: Facebook Rasmi KPT Instagram Rasmi KPT Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

PETRONAS Tidak Menutup Operasi Pelantar Di Malaysia - Sebenarnya

Menurut kenyataan media PETRONAS: PETRONAS menafikan laporan berita yang disiarkan pada tarikh 24 April bahawa ia menutup operasi 14 pelantar minyaknya dan 14 projeknya ditutup. PETRONAS ingin menjelaskan bahawa pihak PETRONAS tidak menutup mana-mana pelantar, di luar pesisir Malaysia, selain daripada kempen penggerudian mereka atau berada dalam penangguhan sementara kerana wabak COVID-19 pada waktu ini. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Rawatan Pesakit Kanser Ditangguhkan Kerana Faktor Lain Bukan Kerana Jangkitan COVID-19 Atau Hospital Tutup - Sebenarnya

SEBENARNYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan hospital-hospital kerajaan menghentikan rawatan ke atas pesakit kanser berikutan jangkitan COVID-19. Sebaliknya, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata penangguhan rawatan tersebut berkemungkinan atas faktor lain. Tegasnya, KKM komited untuk memastikan perkhidmatan terhadap rakyat akan terus diberikan. “Tetapi untuk pesakit kanser, kita ambil darah dulu kalau darah […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday, 25 April 2020

Waspada Taktik ‘Scammer’ Mendapatkan Data Peribadi Dan Pembelian Barangan Dalam Talian Semasa PKP - Sebenarnya

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan taktik scammer yang akan mendapatkan data serta maklumat peribadi ketika PKP. Pengurus Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Kota Bharu, Mohd Rizauddin Noor, berkata pihaknya menerima banyak aduan penipuan pembelian barangan secara dalam talian dalam sejak perlaksanaan PKP. “Justeru itu, kita perlu berhati-hati apatah lagi dengan pelbagai bantuan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Klip Video Harimau Dijumpai Bukan Di FRIM, Kepong - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): FRIM ingin menafikan video yang menular di WhatsApp baru-baru ini yang menyatakan harimau dijumpai di FRIM. Video selama 2 min 50 saat yang disertai ‘caption’: ‘Tiger spotted at FRIM, Kepong’ ini telah menyebabkan kerisauan dalam kalangan penghuni serta penduduk di sekitar FRIM. Kejadian tersebut sebenarnya berlaku di sekitar […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Kononnya KPWKM Menyatakan Bantuan Bakul Makanan COVID-19 RM100 Cuma Bernilai RM35 Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM): Kenyataan palsu telah di muat naik ke media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan harga bantuan bakul makanan yang diedarkan semasa PKP. KPWKM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tersebut. SUMBER: Facebook Rasmi KPWKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor Yang Tular Di Media Sosial Bukan Untuk Edaran Awam - Sebenarnya

Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor melalui Facebook rasminya, bantuan tunai yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor akan memberi keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Borang yang tular di media sosial bukanlah untuk edaran awam. Kerajaan Negeri Johor telah melantik wakil / penyelaras sebagai pemudah cara […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan