Friday, 1 May 2020

Dakwaan Pesakit COVID-19 Lari Dari Hospital Di Negeri Johor Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor: JKN Johor menafikan berkaitan mesej tular di media sosial tentang adanya pesakit kes COVID-19 positif yang lari dari hospital di negeri Johor kerana maklumat tersebut adalah tidak benar. SUMBER: Facebook Rasmi JKN Johor Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Peniaga Di Pasar Besar Seremban Hanya Perlu Hadir Jalani Saringan Ujian COVID-19 Sekiranya Diarahkan Oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Negeri Sembilan: Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) ingin merujuk kepada satu artikel yang ditularkan melalui siaran Facebook pada 29 April 2020 berkaitan kes COVID-19 yang disyaki dalam kalangan peniaga di Pasar Besar Seremban yang telah diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan. Merujuk kepada artikel yang telah diterbitkan oleh sebuah […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Hospital Umum Sarawak Tidak Ditutup Dan Masih Beroperasi Seperti Biasa - Sebenarnya

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS), Dr Chin Zin Hing menjelaskan bahawa Hospital Umum Sarawak (HUS) tidak ditutup dan akan beroperasi seperti biasa. “Buat masa ini kita tidak pertimbangkan untuk menutup hospital kerana kita masih memberikan perkhidmatan. “Tetapi kita akan memastikan bahawa kita akan mengurangkan kes jangkitan.” Tambah Chin, pihak hospital mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Pencerobohan Bot Nelayan Asing Vietnam Di Perairan Dungun - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Terengganu: Agensi tersebut mendapati terdapat satu video tular yang dimuatnaik ke laman sesawang Facebook yang mendakwa terdapat pencerobohan bot nelayan asing dipercayai dari negara Vietnam di kedudukan 30 batu nautika dari Kuala Dungun. Menerusi siasatan yang dijalankan oleh Maritim Negeri Terengganu (MNT) didapati hantaran beserta […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday, 30 April 2020

Siaran Berita Daripada Astro Awani Kononnya Motosikal Kuasa Besar Melebihi 500cc Dibenarkan Berkonvoi Dalam Tempoh PKP Fasa 4 Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Berdasarkan semakan MCMC, pihak Astro AWANI telah membuat penafian berhubung perkara ini. Menurut Astro Awani, pihak mereka merujuk satu tangkapan skrin yang tular di media sosial. Astro AWANI tidak pernah menyiarkan kenyataan bahawa ‘motosikal berkuasa besar melebihi 500cc dibenarkan membuat konvoi’, bagi merujuk kepada kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4. Penafian ini dibuat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday, 29 April 2020

Makluman Tarikh-Tarikh Peperiksaan SPM 2020 Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tarikh-tarikh peperiksaan seperti yang tular di media sosial adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KPM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pelanjutan Tarikh Tutup Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak Dan Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai Peringkat KPM Tahun 2020 - Pengumuman KPM

NOTIS  MAKLUMAN:

PELANJUTAN TARIKH TUTUP

SAYEMBARA PENULISAN KISAH INSPIRASI, DEKLAMASI SAJAK DAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTERASKAN NILAI

PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2020

___________________________________________________

 

Pihak urus setia Sayembara Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak dan Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai  Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020 memahami akan kesukaran yang dialami oleh guru-guru dan murid-murid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19, terutama dalam menguruskan aspek penyediaan dan penghantaran penyertaan sayembara.

Untuk itu, dimaklumkan bahawa tarikh tutup sayembara tersebut dilanjutkan kepada 31 Mei 2020. Makluman lanjut bagi penyertaan sayembara ini boleh dirujuk kepada syarat penyertaan yang dilampirkan bersama makluman ini. Sekian

Muat Turun Syarat Penyertaan

 

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

29 APRIL 2020 

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan