Sunday, 14 June 2020

Contoh dan Format Penulisan Minit Curai - cikguayu.my

minit curaiSetiap kali keluar sekolah untuk hadiri taklimat, kursus atau bengkel, memang saya tak suka tunggu lama untuk selesaikan minit curai ni. Rasa keberhutangan dengan guru besar. Sebelum diminta, lebih baik buat siap-siap. Keperluan Minit Curai Bergantung kepada pengurusan sekolah. Ada PGB yang tidak tekankan penyediaan minit curai. Namun, tanggungjawab kita sebagai wakil sekolah, catatkan apa […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Friday, 12 June 2020

Dakwaan Menteri Kanan Pertahanan Tidak Menggalakkan Rakyat Singapura Berkunjung Ke Johor Bahru Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menafikan kenyataan di media sosial yang mendakwa beliau tidak menggalakkan rakyat Singapura berkunjung ke Johor Bahru jika hanya untuk mengisi minyak kenderaan, mencuci kereta, makan-makan atau membeli barangan dapur yang murah. Beliau menyeru orang ramai agar berhenti menyebarkan berita palsu untuk mengelakkan tercetusnya salah faham […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Dari Mendedahkan Maklumat Bank Di Media Sosial Untuk Terima Duit Raya Dalam Talian (Online) - Sebenarnya

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Amalan memberi atau menerima duit raya secara dalam talian merupakan perkara baharu yang dilakukan oleh masyarakat di negara ini, selepas tahap kesedaran berkenaan jangkitan COVID-19 semakin meningkat. Perkara itu amat digalakkan. Namun, kecuaian memaparkan nama dan nombor akaun bank di media sosial boleh mengundang masalah di kemudian hari. Tahukah, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday, 11 June 2020

Pemakluman Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ke Gred N32 dan Gred N32 ke Gred N36 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK 1 & 2) Bagi Januari Hingga Disember Tahun 2020 - Pengumuman KPM

 Muat turun lampiran



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pemakluman Kenaikan Pangkat Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK2) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Januari Hingga Disember Tahun 2020 - Pengumuman KPM

 Muat turun lampiran



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pemakluman Urusan Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan AKP Secara TBBK Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Julai Hingga Disember 2020 - Pengumuman KPM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

15 Jun 2020

(Isnin)

 

hingga

 

24 Julai 2020

(Jumaat)

40 hari

·       Tempoh PERMOHONAN DIBUKA kepada CALON

·       Tarikh tutup pada 24 Julai 2020 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota :

i)              Sebarang permohonan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

ii)             Sebarang usaha untuk mengemaskini maklumat termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan SELEPAS tarikh tutup perakuan Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

iii)             Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik terdahulu dan disemak oleh calon

2.

25 Julai 2020

(Sabtu)

 

hingga

 

15 Ogos 2020

(Sabtu)

22 hari

·       Tempoh perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada JPN/Bahagian

·       Tarikh tutup pada 15 Ogos 2020 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota :

i)              Sebarang perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

ii)             Sebarang usaha untuk mengemaskini maklumat termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan SELEPAS tarikh tutup perakuan Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

iii)            Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik terdahulu dan disemak oleh calon

3.

16 Ogos 2020

(Ahad)

 

hingga

 

4 September 2020

(Jumaat)

20 hari

·       Tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM (Penyemak / Pengesah) kepada BPSM, KPM

·       Tarikh tutup pada 4 September 2020 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota :

i)              Sebarang perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

ii)             Sebarang usaha untuk mengemaskini maklumat termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan SELEPAS tarikh tutup perakuan Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

iii)            Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik terdahulu dan disemak oleh calon

Urusan ini terbuka kepada:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER 2020;
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER 2020;
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER 2020. Hanya dibenarkan bagi PPP yang BELUM menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA; dan
  4. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER 2020.

3.         Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERAKUAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4.         Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 15 JUN 2020 secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

5.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan (catatan: CSG dan/atau CTG boleh menjejaskan kekananan kecuali Cuti Belajar);
  3. Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;
  4. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
  5. Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
  6. Pegawai yang didapati tidak hadir bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh tanpa cuti atau tanpa sebab munasabah atau tanpa kelulusan / kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil – sila kemukakan dokumen-dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 seperti para.11 surat ini; dan
  7. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

6.         Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT dalam mana – mana urusan kenaikan pangkat ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Ketua Jabatan juga perlu memastikan maklumat yang dikemukakan adalah LENGKAP DAN TERATUR SAMA SEPERTI DALAM BPK. Bagi urusan kenaikan pangkat EX-PPPLD dari Gred DG42 ke Gred DG44, Ketua Jabatan dipohon untuk mengemaskini tarikh pemangkuan dan kenaikan pangkat DG42 di dalam sistem ePangkat. Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan dimohon memastikan SEMUA PEGAWAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 Muat turun Lampiran

 

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tiada Perubahan Dasar Penetapan Harga Jualan Runcit Petrol Dan Diesel - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP): KPDNHEP memandang serius laporan media berhubung pembatalan warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. KPDNHEP ingin menegaskan bahawa tiada perubahan dari segi dasar penetapan harga jualan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan