Tuesday, 7 July 2020

Kenyataan Media: Geran Secara One-Off Sehingga Rm 5,000.00 Di Bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) Kepada Pengusaha Tadika Swasta Yang Berdaftar Dengan Kementerian Pendidikan Malaysia - KPM

KENYATAAN MEDIA GERAN SECARA ONE OFF SEHINGGA RM5000.00 DI BAWAH PELAN JANA SEMULA EKONOMI PENJANA KEPADA PENGUSAHA TADIKA SWASTA YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA1

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Monday, 6 July 2020

Video Individu Dipukul Kerana Enggan Tandatangan Penyerahan Tanah Adalah Video Kejadian Tahun 2019 - Sebenarnya

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM Selangor): Pihak Polis Kontinjen Selangor mengesahkan kejadian ini telah berlaku pada 31/01/2019 dan laporan polis berkaitan kejadian ini telah diterima. Pihak Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes ini dan suspek telah dituduh di Mahkamah serta dijatuhkan hukuman. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh oleh pihak yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saluran Telegram “COVID_19 KKM” Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Telegram berikut bukan milik KKM dan ia mempunyai lebih 30,000 pengikut di akaun telegram tersebut yang berkemungkinan besar terpengaruh dengan iklan-iklan yang dimuat turun. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday, 4 July 2020

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei - CikguHailmi

Semalam berkesempatan sekali lagi berkongsi ilmu dengan warga pendidik di Sarawak bersempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah Sarikei.
Sarawak bukan negeri asing untuk saya. Jadi bila tuan PPD Sarikei, Mr Lau Ngie Tung yang juga mantan PK Pentadbiran saya semasa di SMK Luar Bandar No. 1 Sibu hubungi untuk jemputan, maka terus saja saya terima.
Topik perkongsian adalah mengenai amalan pdpc kreatif dan berkesan. Dengar tu. Kita bukan saja nak yang guru yang Kreatif, tetapi juga boleh jadikan murid dia pon Kreatif.
Saya kongsikan 10 tips pdpc kreatif dan Berkesan. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman saya menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Saya kongsikan juga impak kepada murid daripada segi kreativiti, sikap dan juga pencapaian mereka, hasil daripada amalan tadi.
Yang tak sempat tonton boleh tengok sini https://youtu.be/pLzlwL4c-W8

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei

Jutaan terima kasih juga buat dua guru hebat sebagai moderator iaitu Cg Mattheus dan Cg Faizah. Memang terbaik!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat lebih ramai Guru untuk tampil kreatif dalam bilik darjah.
 💕
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Terima Kasih SK Sultanah Asma: Perkongsian Perlaksanaan PBL - CikguHailmi

Setelah 3 bulan tak bergerak dan takdak perkongsian secara face to face, Khamis lepas saya dijemput oleh sebuah sekolah hebat di Kedah, SK Sultanah Asma.
Terima kasih SK Sultanah Asma atas jemputan perkongsian tentang Pelaksanaan PBL dengan warga guru pada Khamis lepas. 

Terima Kasih SK Sultanah Asma: Perkongsian Perlaksanaan PBL

Seperti biasa, abam kongsikan apa Itu PBL, beserta amalan sebenar yang abam sendiri dah laksanakan dengan murid di Jerlun. Boleh cerita siap dengan apa masalah dan bagaimana nak atasi masalah tersebut. Dan paling penting, impak nya kepada kemenjadian murid di Jerlun.
Alhamdulillah, feedback guru-guru SKSA sangat baik. Macam macam depa tanya. Semangat semua. Di sokong juga oleh barisan pentadbir yang berwawasan tinggi.
Semoga perkongsian menjadi ilmu bermanfaat buat warga pendidik SKSA. Selamat maju jaya saya ucapkan buat semua warga SK Sultanah Asma! 💕 @ SK Sultanah Asma
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia? - CikguHailmi

Sebagai guru yang banyak buat aktiviti hands-on dengan murid sebelum nih, saya rasa janggal gila bila nak mengajar dengan berdiri saja kat depan budak, pastu bagi lecture. Serius rasa pelik sangat.
Kelas saya patutnya budak dok berkeliaran sana sini, wat aktiviti dalam group, kongsi barang dan buat hasil kerja sama-sama. Tapi semuanya tidak selepas pandemik!
Beberapa hari dah berlalu, dengan keterbatasan pergerakan (social distancing) saya yakin, budak pon bosan dengan saya, saya pon bosan dengan budak. Response kurang oii.. 😝
Jadi hari nih saya cuba sket, aktiviti #PAK21 dengan keterbatasan yang ada. Memang challenging! Masih tercari pendekatan yang terbaik nak penuhi norma baharu.
Meh saya cerita sket apa yang saya buat dengan mereka hari nih.
Lepas remapping balik tajuk yang saya nak run dulu, hari nih saya pesan budak bawak pembungkus makanan. Tajuk makanan. Dari sana mereka kena kenalpasti sendiri apa maklumat yang kena ada pada pembungkus makanan tu. (Inkuiri)

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Bila dah senaraikan maklumat, mereka kena share dengan rakan sebelah dan kenal pasti apa yang sama dan tak sama antara yang dicatat oleh mereka. Dan kena pikir juga kenapa ada yang sama dan tak sama. Masa nih Budak dah kena decide apa maklumat yang patut ada, dan paling penting kenapa maklumat tu kena ada.
Time nih, kelas yang sunyi sepi terus jadi meriah depa dok sembang (bincang). Seronok rupanya budak kalau ble peluang bercakap.
Kemudian saya mintak murid ramai-ramai kongsikan apa dapatan perbincangan mereka dan putuskan sebenarnya apa maklumat yang wajib ada pada sesuatu label makanan.
Lepas tu mereka senaraikan plak bahan yang digunakan untuk pembuatan makanan, dan kenal pasti apa tujuan bahan tersebut dimasukkan. Dari sana depa kelas kan kepada jenis bahan Kimia yang digunakan dalam makanan.
OK. Lesson learnt hari nih, #PAK21 masih boleh dijalankan ikut norma baharu, tapi perlu disesuaikan. Cabaran utama dia adalah keterbatasan murid dan kemahiran guru.
Slow-slow cuba adapt dan adopt dengan norma baharu. Ayuh guru-guru Malaysia, we can do it! 💪🏻 @ Smk Jerlun
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik - CikguHailmi

Menyedari keperluan guru mendalami ilmu ICT bagi pendidikan pasca pandemik, AJK IMeT (ICT, Multimedia dan Teknologi) menganjurkan PLC untuk guru-guru SMK Jerlun.
Konsep dia sukarela, peer to peer sharing. Tiada paksaan untuk sesiapa hadir. Tapi alhamdulillah, ramai guru yang datang nak tambah ilmu atas sebab memang nak belajar. Terima kasih kawan-kawan sebab support inisiatif digitalisasi nih.

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Terima kasih juga buat Cg Suharni, Guru ICT kami yang kongsikan tentang pelantar DELIMa. Saya kongsi sket pasal e-Learning. InshaAllah targetnya lepas nih tips dan trick mudah untuk pembelajaran online. Satu kali untuk satu minggu saja. Takyah banyak-banyak.
Kita dah kena sedar, bahawa Online learning akan jadi satu Keperluan akan datang. Bukan lagi penyelesaian sementara masa musibah melanda!
Semoga juga usaha kolaboratif guru-guru, saling belajar antara satu sama lain, membuahkan hasil. Amin!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan