
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia


PUTRAJAYA, 9 Julai - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan logo rasmi sambutan jubli emas Rukun Negara yang julung kali dicipta.
Lima jalur menggambarkan lima prinsip Rukun Negara.
Bulan dan bintang pula, melambangkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan.
Manakala tengkolok berkerawang bulan dan bintang, simbolik prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.
Angka 50 dan warna biru pula, melambangkan amalan perpaduan dalam kesopanan dan kesusilaan.
Turut dilancar, lembaran mini khas menggunakan warna emas pada peta Malaysia.
Ia melambangkan semangat Rukun Negara yang dijunjung tinggi, seluruh rakyat Malaysia.



Pelan kedudukan murid dengan penjarakan sosial berikutan pandemik COVID-19 ini saya susun untuk kelas sendiri. Pelan ini akan diedarkan sebelum bermulanya sesi persekolahan menerusi aplikasi WhatsApp. Dengan harapan murid akan dapat bayangan kedudukan mereka di dalam kelas. Tidaklah nanti berpusing-pusing cari meja pada hari pertama persekolahan. Pelan kedudukan murid ini ditampal juga pada pintu masuk […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com





