Tuesday, 27 October 2020
Kenyataan Media: Penutupan Sekolah Di Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak - KPM
Sumber : KPM fb
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP - CikguHailmi
Penilaian komponen keberhasilan adalah merupakan sebahagian daripada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%. Tetapi sayangnya, masih ramai yang tidak mahir menulis keberhasilan dengan betul. Jom saya kongsikan sket cara penulisan yang betul untuk tulis keberhasilan.
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP |
Secara ringkasnya, penilaian keberhasilan adalah penilaian hasil kerja utama yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Asas penilaian berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian, dan perlu dipertimbangkan secara profesional berdasarkan usaha, kesungguhan dan keberkesanan.
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP |
Setiap sasaran keberhasilan haruslah mempunyai maklumat berikut:
1. Penggunaan kata kerja - guna perkataan seperti memastikan, mencapai, melaksanakan, menguruskan, merancang dan seumpamanya.
2. Penyataan ukuran - nilai yang digunakan untuk ukur sasaran seperti kuantiti, atau kualiti atau kos atau masa.
3. Tujuan sasaran - memperlihatkan hasrat / matlamat / penerangan terhadap hasil kerja.
4. Peringkat sasaran - tahap / peringkat penglibatan yang akan dicapai.
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP |
Berikut adalah contoh penulisasan sasaran keberhasilan yang tak sesuai. Antaranya adalah disebabkan tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin berbentuk proses, tiada memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama. Tengok contoh di bawah:
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP |
Sebagai rujukan, cikgu-cikgu boleh lah download bahan yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerangkan lebih lanjut tentang PBPPP kat pautan ini ya ..
http://ppdbp.edu.my/v3/attachments/article/3169/surat%20panduan%20penulisan%20keberhasilan.pdf
OK, semoga perkongsian ini membantu rakan guru supaya menulis sasaran keberhasilan PBPPP dengan lebih baik. Nanti semua pun hati senang. Selamat maju jaya!
Sumber : CikguHailmi.com
GOTONG-ROYONG BILIK SPBT (BOS-S & BOS-D) 2020 - SK Desa Pandan
Pada 06 Julai hingga 10 Julai 2020, telah dijalankan aktiviti gotong-royong Bilik Operasi SPBT- Sekolah dan Daerah (BOSS dan BOSD). Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membaik pulih lantai yang telah uzur, rak-rak yang perlu dibalut semula dan rak-rak yang perlu dicat semula. Aktiviti ini melibatkan semua guru di bawah Unit SPBT 2020. Diharapkan Bilik ini akan sentiasa ceria menyambut pembukaan sekolah selepas cuti PKP yang panjang.
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.comSumber : SK Desa Pandan
Monday, 26 October 2020
Kenyataan Media: Pelanjutan Tempoh Penutupan Institusi Pendidikan Di Seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Wilayah Persekutuan Putrajaya - KPM
Sumber : KPM fb
Sunday, 25 October 2020
Dakwaan Terdapat Anggota PPK Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Positif COVID-19 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya
Sumber : Sebenarnya.my
Dakwaan Kajang Dan Bandar Baru Bangi Dikenakan PKPD Adalah Tidak Benar - Sebenarnya
Sumber : Sebenarnya.my
Kenyataan Media: Lanjutan Tempoh Penutupan Institusi Pendidikan Di Seluruh Negeri Sabah - KPM
Sumber : KPM fb