Suara Generasi COVID merupakan satu inisiatif KPM bersama-sama rakan strategik iaitu UNICEF Malaysia dan ARUS Education. Program ini bertujuan memberi ruang kepada murid di sekolah dari pelbagai latar belakang berkongsi pendapat mengenai pandangan dan perasaan pengalaman mereka menghadapi wabak COVID-19. Apa yang menarik mengenai program ini ialah pengajaran dan pembelajaran yang bertemakan COVID-19 dilaksanakan melalui project-based learning dalam 4 mata pelajaran iaitu Sejarah, Geografi, Matematik dan Sains. Perkongsian video ini bertujuan mewar-warkan program ini mengenai pembelajaran secara project-based learning yang berbentuk inter-disciplinary yang dapat memberi pengalaman yang berbeza kepada murid dan juga guru. Dokumentari tersebut boleh didapati melalui pautan berikut:
{youtube}https://youtu.be/RE_stys2wk0{/youtube}
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia