Tuesday, 29 December 2020

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Ke Gred DG44, DG48, DG52 Dan DG54 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Sebagai Pegawai Cemerlang Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Cemerlang ke Gred DG44, DG48, DG52 dan DG54 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2021. Permohonan adalah terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)di Bahagian-Bahagian KPM, Institusi-Institusi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat dalam PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SAHAJA (tidak termasuk Pegawai SISC+ dan Pegawai SIPartners+).
 
3.       Sehubungan itu, semua calon yang berminat dan memenuhi syarat boleh mengisi Lampiran A-1: Borang Permohonan Pegawai Cemerlang (PC2021/44/48/52/54) mengikut format seperti di LAMPIRAN A dalam Surat Siaran Permohonan. Borang permohonan dan lampiran-lampiran tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing sebelum atau pada 25.01.2021 bagi tujuan penilaian dan perakuan. Calon-calon dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua maklumat permohonan adalah lengkap, betul dan teratur. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
 
4.       Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan perakuan calon ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) sebelum atau pada jam 05:00 petang, Ahad, 28.02.2021. Sekiranya calon yang diperakukan tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak urus setia  dalam tempoh enam (6) bulan dari 01.09.2021 hendaklah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
 
*Berikut adalah Surat Siaran dan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun:
 
a)  Surat Siaran Permohonan – untuk PEMOHON
b)    Data Access – Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang Tahun 2021 – untuk kegunaan KETUA JABATAN SAHAJA (pemohon tidak perlu memuat turun)


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Video Mendakwa Terdapat Buaya Di Kawasan Pelabuhan Pulau Pinang Adalah Video Lama - Sebenarnya

Menurut kenyataan media IPD Seberang Perai Utara: Telah tular berkenaan rakaman seekor buaya yang didapati sedang menyusuri di NBCT, Butterworth di laman Facebook. Turut tular berkaitan laporan polis yang di buat oleh (1) lelaki Melayu yang melaporkan telah terlihat seekor buaya berukuran lebih kurang 10 kaki di kawasan jeti nelayan Pantai Bersih, Butterworth pada 24/12/2020. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Hebahan Pemakluman Alamat Baharu Unit Peperiksaan Perkhidmatan Dan Unit Penilaian Kompetensi, Cawangan Latihan Dan Kompetensi, BPSM, KPM - Pengumuman KPM

UNIT PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, 28 December 2020

KDN Tidak Mempunyai Akaun TikTok - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN): Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kewujudan akaun “TikTok” palsu yang menggunakan nama Kementerian Dalam Negeri (https://ift.tt/3nV418O). Untuk makluman sehingga kini KDN tidak mempunyai sebarang akaun TikTok seperti yang tertera di laman sosial tersebut SUMBER: Facebook Rasmi KDNTwitter Rasmi KDNFacebook Rasmi PDRM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday, 23 December 2020

Waspada Mesej Palsu Berkenaan Status Permohonan i-Sinar - Sebenarnya

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan simpanan KWSP pengguna. Talian hotline khas i-Sinar adalah 03 8922 4848 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi – 8.00 malam, Isnin hingga Jumaat. (kecuali cuti umum Negeri Selangor dan Persekutuan) SUMBER: Facebook Rasmi KWSP Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 22 December 2020

Permohonan Kata Alu-Aluan YB Menteri Kanan Pendidikan Untuk Majalah Sekolah - Pengumuman KPM

Kata Aluan YB Menteri 02

Permohonan hendaklah dibuat terus kepada Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (untuk perhatian Ketua Seksyen Pengurusan Aduan dan Khidmat Pelanggan) menerusi emel kepada Puan Siti Aishah @ Siti Esah Othman, aishahothman@moe.gov.my dan salinan kepada Cik Noorsusila binti Saidin, noorsusila@moe.gov.my

Syarat-syarat penggunaan kata alu-aluan tersebut adalah seperti;

3.1    Mengutamakan bahasa Kebangsaan sepenuhnya;

3.2    Hanya untuk kegunaan seperti di dalam surat permohonan sahaja;

3.3    Kebenaran hanya untuk terbitan edisi yang dipohon dan permohonan baharu perlu dibuat bagi edisi seterusnya; dan

3.4    Satu salinan PDF mock-up majalah perlu diserahkan kepada UKK KPM bagi penilaian akhir sebelum cetakan.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Januari Hingga Jun 2021 - Pengumuman KPM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

01 Januari 2021 (Jumaat)

hingga

31 Januari 2021

(Sabtu)

 

31 hari

·      Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka

·      Tarikh tutup pada 31 Januari 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

i.              Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ; dan

 

ii.            Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

 

2.

01 Februari 2021

(Ahad)

hingga

21 Februari 2021

(Sabtu)

 

21 hari

·      Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN (Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN /  Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/BAHAGIAN

·      Tarikh tutup pada 21 Februari 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

i.     Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ; dan

ii.    Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

3.

22 Februari 2021

(Isnin)

hingga

15 Mac 2021

(Isnin)

22 hari

·      Tempoh PERAKUAN  PENYEMAK / PENGESAH di JPN / Bahagian / IAB / IPGM KEPADA BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 15 Mac 2021 (sebelum jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA

Urusan ini terbuka kepada:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2021;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2021;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2021 (HANYA PPP YANG BELUM MENGGUNA PAKAI PENGALAMAN PPPLD SEMASA KE GRED DG44 SAHAJA); dan
  • Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2021.

3.         Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4.         Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 01 JANUARI 2021 (Jumaat) secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

 

5.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para. 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

  • Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  • Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan / atau Cuti Tanpa Gaji (CTG)/ Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan (CTGIP) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CSG /CTG/CTGIP oleh Ketua Jabatan (catatan: CSG dan / atau CTG/CTGIP boleh MENJEJASKAN KEKANANAN kecuali Cuti Belajar);
  • Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;
  • Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
  • Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
  • Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh tanpa cuti atau tanpa sebab munasabah atau tanpa kelulusan / kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil – sila kemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 (sila rujuk Para 13 bagi maklumat lanjut); dan
  • Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

5.         Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT DALAM MANA – MANA URUSAN KENAIKAN PANGKAT ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perakuan dibuat bagi SEMUA pegawai yang layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat secara TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 

 Muat turun surat edaran



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan