Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:
Bil. |
Tarikh |
Tempoh |
Keterangan |
1. |
05 Mei 2021 (Rabu) hingga
06 Jun 2021
(Ahad)
|
33 hari |
· Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka · Tarikh tutup pada 06 Jun 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)
NOTA PERINGATAN: i. Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan
ii. Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.
|
2. |
07 Jun 2021
(Isnin)
hingga
27 Jun 2021
(Ahad)
|
21 hari |
· Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN (Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/BAHAGIAN · Tarikh tutup pada 27 Jun 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam) NOTA PERINGATAN: i. Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan ii. Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik. |
3. |
28 Jun 2021
(Isnin)
hingga
18 Julai 2021
(Ahad)
|
21 hari |
· Tempoh PERAKUAN PENYEMAK / PENGESAH di JPN / Bahagian / IAB / IPGM KEPADA BPSM, KPM · Tarikh tutup pada 18 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam)
NOTA PERINGATAN: Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA |
Urusan ini terbuka kepada:
- (a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021;
- (b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021;
- (c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021 (HANYA PPP YANG BELUM MENGGUNA PAKAI PENGALAMAN PPPLD SEMASA KE GRED DG44 SAHAJA); dan
- (d) Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021.
3. Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.
4. Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 05 MEI 2021 (RABU) secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).
5. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para. 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:
-
Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
-
Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan / atau Cuti Tanpa Gaji (CTG)/ Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan (CTGIP) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CSG / CTG / CTGIP oleh Ketua Jabatan (catatan: CSG dan / atau CTG / CTGIP boleh MENJEJASKAN KEKANANAN kecuali Cuti Belajar);
-
Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;
-
Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
-
Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
-
Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh tanpa cuti atau tanpa sebab munasabah atau tanpa kelulusan / kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil – sila kemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 (sila rujuk Para 13 bagi maklumat lanjut); dan
-
Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.
5. Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT DALAM MANA – MANA URUSAN KENAIKAN PANGKAT ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perakuan dibuat bagi SEMUA pegawai yang layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat secara TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia