Tuesday, 13 July 2021

Mesej Amaran Rompakan Berkumpulan Yang Menyamar Sebagai Pegawai KDN Adalah Tidak Benar Dan Ditularkan Kembali - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): JIM menafikan kesahihan kandungan mesej pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp yang ditularkan kembali ini adalah palsu. SUMBER: Twitter Rasmi JIM Facebook Rasmi JIM Facebook Rasmi KDN Artikel sebenarnya.my tahun 2020 Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Bahawa HCTM UKM Kekurangan Bekalan PPE Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merujuk kepada beberapa penularan mesej Aplikasi Whatsapp yang menyatakan kekurangan Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment, PPE) di Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM. Pihak HCTM UKM dengan ini memaklumkan bahawa Hospital masih mempunyai bekalan PPE yang mencukupi dan Jabatan Perubatan Kecemasan antara Jabatan yang diberikan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tawaran Iklan Permohonan Terbuka Rumah Mampu Milik, Skim MyHome, MyDeposit Dan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Di Bawah SPP Kurang Tepat - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT): KPKT menafikan tawaran iklan berhubung Permohonan Terbuka Rumah Mampu Milik Serendah RM30,000, Skim Myhome &MyDeposit 2021 serta Bantuan RM60,00 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di bawah Skim Pinjaman Perumahan (SPP) yang tular dan diiklankan secara dalam talian oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini berikutan terdapat pelbagai […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday, 12 July 2021

Kejadian Rompakan Bersenjata 4 Individu Berlaku Di New Delhi Bukan Di Sungai Siput - Sebenarnya

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian samun terbabit di daerah ini, bahkan pemeriksaan sebaliknya mendapati insiden itu berlaku di New Delhi, India. SUMBER: Facebook Rasmi PDRM Sinar Harian Harian Metro Astro AWANI Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday, 10 July 2021

Kenyataan Media Bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan, kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat Kabinet tergempar serta mengemukakan keputusan meletakkan jawatan seperti yang tular hari ini adalah palsu. Menurut seorang pegawai di PMO kepada Astro Awani, “kenyataan media itu palsu. Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday, 8 July 2021

Waspada Penyebaran Borang Pendaftaran ‘Google Forms’ Bagi Permohonan Vaksin Sinovac Di PPV BACC - Sebenarnya

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV): Sila berhati-hati sekiranya menerima maklumat palsu yang sedang tersebar berkenaan borang pendaftaran ‘Google Forms’ untuk PPV Bangi Avenue. Ini untuk melindungi maklumat peribadi anda. Daftar untuk vaksinasi: https://ift.tt/3y1cPyE SUMBER: Facebook Rasmi JKJAV Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Mesej Pemberian Vaksin Secara Besar-Besaran Di PPV BACC Tidak Dikeluarkan Oleh PKD Hulu Langat Dan PPV BACC - Sebenarnya

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat: Telah tular di WhatsApp & media sosial mengenai pemberian vaksin secara besar-besaran oleh PPV Bangi Avenue Convention Centre (PPV BACC). Pihak PKD Hulu Langat menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah palsu, ianya tidak dikeluarkan oleh PKD Hulu Langat dan PPV BACC. SUMBER: Facebook Rasmi PKD Hulu Langat Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan