Saturday, 9 July 2022

Dakwaan Bahawa Pejabat Peguam Negara Telah Menetapkan Perbicaraan Kes SRC Terdapat Kesilapan Dan Tidak Sah Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media dari Jabatan Peguam Negara (AGC): Merujuk kepada kenyataan yang disebarkan berkenaan “Pejabat Peguam Negara telah menetapkan yang perbicaraan SRC tidak sah kerana kesilapan prosiding”, Jabatan ini menafikan ada membuat ketetapan seperti yang dikatakan dalam kenyataan yang tersebar itu dan menegaskan berita itu adalah sama sekali tidak benar dan palsu. Mahkamah Persekutuan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday, 15 June 2022

Tiada Penganjuran Hot Air Balloon Putrajaya Pada 16 Hingga 19 Jun 2022 - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Perbadanan Putrajaya: Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Perbadanan Putrajaya menafikan penganjuran Hot Air Balloon Putrajaya pada 16 hingga 19 Jun 2022 sepertimana yang telah dihebahkan di media sosial. Untuk makluman, semua penganjuran acara di Putrajaya perlu mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Kelulusan Acara Perbadanan Putrajaya (JKA-PPj). Prosedur ini ditetapkan bagi memastikan semua acara yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday, 10 June 2022

Peluang Untuk Memperoleh RM6,000 Dengan Menjawab Soalan Sempena Ulang Tahun KTMB ke-137 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB): Adalah dimaklumkan bahawa pautan yang sedang tular berkaitan Ulang Tahun KTMB adalah palsu. Orang awam diminta untuk tidak klik pada pautan tersebut untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku. SUMBER: Facebook Rasmi KTMB Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday, 3 June 2022

Dakwaan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara COS 2021 Sebagai Penipuan & Tidak Telus Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara Contract of Service (COS) 2021 sebagai scam dan tidak telus. Menteri Kanannya, Datuk Radzi Jidin berkata, sejak dari awal kekosongan 18,702 jawatan guru, keutamaan diberikan kepada graduan memiliki ikhtisas pendidikan kerana mereka sudah dilatih sebagai guru termasuk mempelajari pedagogi pendidikan. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 31 May 2022

Waspada Kutipan Sumbangan Bagi Kos Pembedahan Adik Mohammad Al Nuhi - Sebenarnya

Menurut kenyataan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF): Pihak pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar telah menerima aduan berhubung isu kutipan sumbangan bagi kos pembedahan Adik Mohammad Al Nuhi yang disiarkan menerusi page Sahabat Ustaz Syamsul Debat, baru-baru ini. Justeru itu, pihak hospital menafikan terdapat pesakit berkenaan yang menjalani rawatan di hospital ini. Akaun bank […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday, 25 May 2022

Dakwaan Bahawa Kawasan KL Sentral Banjir Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin menafikan satu hantaran di TikTok mengenai kejadian banjir yang telah berlegar di media sosial sejak semalam (24 Mei 2022). Sehingga jam 2.00 petang 25 Mei 2022, tidak berlaku banjir di kawasan KL Sentral seperti yang digambarkan dan para petugas DBKL sentiasa bersiap siaga di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday, 23 May 2022

Waspada SMS Yang Menyamar Sebagai MDEC Menawarkan Kerja Kosong Kepada Orang Awam - Sebenarnya

Menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC): Sila berhati-hati apabila menerima mesej pesanan ringkas seperti yang tular. Pihak MDEC telah dimaklumkan terdapat sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyamar sebagai MDEC menawarkan kerja kosong kepada orang awam. MDEC menegaskan bahawa MDEC tidak menjalankan sebarang pengambilan pekerja melalui SMS. Kumpulan ini beroperasi tanpa kebenaran dan pengesahan daripada pihak […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan