Sunday, 1 October 2023

Pautan Untuk Menyemak Status Bantuan SARA RM200 Setiap Bulan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat ini adalah PALSU. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita atau pautan yang tidak sah. MOF tidak memerlukan maklumat seperti nombor telefon anda bagi tujuan tersebut. Sila rujuk kembali siaran media berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 26 September 2023

Dakwaan Caj Perkhidmatan Di Klinik Kesihatan Kerajaan Akan Dinaikkan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan. SUMBER: Facebook Rasmi KKMTwitter […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday, 25 September 2023

Dakwaan Terdapat Bantuan Kewangan Sehingga RM2,000 Secara One-Off Untuk Pelajar IPT Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT): KPT ingin merujuk kepada posting yang tular melalui akaun TikTok @semakansemasa bertajuk ‘Bantuan Kewangan Sehingga RM2,000 Secara One-Off Untuk Pelajar IPT’. Maklumat melalui akaun tersebut adalah PALSU! Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KPTInstagram Rasmi KPTTwitter […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

JSJK Polis Pahang Tidak Mempunyai Nombor WhatsApp - Sebenarnya

SEBENARNYA: JSJK Kontinjen Pahang tidak mempunyai sebarang nombor WhatsApp. Sila abaikan sebarang mesej yang diterima melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa adalah daripada JSJK Kontinjen Pahang. SUMBER: Facebook Rasmi JSJK Pahang Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday, 22 September 2023

Dakwaan Keperluan Cukai Jalan Dalam Bentuk Fizikal Sahaja Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia: Merujuk kepada satu hantaran Facebook dengan kandungan berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM) digital yang sedang tular. JPJ ingin menjelaskan bahawa kenyataan dalam hantaran tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai. Laporan polis telah dibuat supaya siasatan dapat dibuat terhadap pemilik akaun tersebut bagi mengelakkan perkongsian kenyataan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penjelasan Dakwaan Jumlah RM200 Mencukupi Bagi Perbelanjaan Membeli Barangan Dapur Untuk Sebulan - Sebenarnya

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Fuziah Salleh: Video tular itu sebenarnya adalah rakaman video lama yang ditularkan kembali pihak tertentu. Menerusi rakaman video tular itu, kelihatan Fuziah melakukan tinjauan di sebuah pasar raya bagi memantau harga barang keperluan asas di pasaran dan membeli beberapa barangan untuk membuat penilaian […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday, 21 September 2023

Dakwaan Tiada Lagi Ucapan Kalimah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ Dalam Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Parlimen Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menteri KKD telah membuat semakan dan didapati ungkapan tersebut tidak pernah digunakan dalam Majlis Angkat Sumpah sebelum ini . SUMBER: Facebook Rasmi Menteri KKDTikTok Rasmi Menteri KKD Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan