Friday, 29 September 2017

Program Jelajah Pendidikan KPM Di Perak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Jelajah
Pendidikan KPM pada 30 September dan 1 Oktober 2017 di AEON Mall Sri
Manjung, Perak dari 10.00 pagi - 10.00 malam. Pelbagai aktiviti
menarik menanti para pengunjung seperti pameran, pertandingan mewarna,
kuiz, showcase pelajar serta banyak lagi.

Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Thursday, 28 September 2017

Semakan Tawaran Saringan Murid Berkeperluan khas (MBK) Ke Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV) Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2018

Maklumat Semakan Tawaran Adalah Seperti Di Bawah :-

Tarikh Semakan     : 2 Oktober 2017 hingga 13 Oktober 2017

Laman Sesawang  :  https://epkhas.moe.gov.my

Dokumen Rujukan :-

Senarai Nama MBK Yang Terlibat Dengan Saringan Ke Tingkatan 4 Di SMPKV

Tatacara Semakan Tawaran Saringan MBK Ke Tingkatan 4 Di SMPKV

Wednesday, 27 September 2017

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke
Program Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia akan
dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2017 yang bersekolah di
sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.

Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

BIL

ASRAMA 1MALAYSIA

NAMA SEKOLAH

CATATAN

1

A1M KUALA LUMPUR

VICTORIA INSTITUTION, KUALA LUMPUR

LELAKI SAHAJA

2

A1M JOHOR

SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR

PEREMPUAN SAHAJA

3

A1M SABAH

MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH

LELAKI & PEREMPUAN

4

A1M SARAWAK

KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK

LELAKI & PEREMPUAN



Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang
Permohonan pada pautan tersebut
https://moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-harian . Semua
permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui
surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2018 (Selasa).

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di
bawah pada atau sebelum 8 Disember 2017 (Jumaat).

Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017

Unit Asrama

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 WP Putrajaya

Tuesday, 26 September 2017

Soal Selidik bagi Kajian Tranformasi ICT KPM

Dimaklumkan Projek Pelaksanaan Kajian Transformasi ICT KPM (Inisiatif
Sokongan #109 PPPM) telah mula dilaksanakan pada 10 Julai 2017.
Pelaksanaan projek ini adalah untuk menghasilkan Pelan Transformasi
ICT KPM 2017-2022, yang akan menyokong pelaksanaan PPPM 2013-2025
serta sejajar dengan Agenda Kerajaan Digital RMK-11 dan Pelan
Strategik ICT Sektor Awam. Melalui kajian ini, strategi transformasi
ICT yang bersesuaian akan dibangunkan dengan mengambil kira
teknologi/trend terkini ICT untuk KPM.

Selaras dengan initiatif ini,  pasukan projek ingin menjalankan satu
soal selidik bagi mengumpul maklumbalas tentang keadaan ICT semasa di
semua peringkat di bawah KPM. Pasukan projek akan menghantar e-mel
kepada kakitangan yang terpilih di KPM, JPN,PPD dan sekolah yang akan
mengandungi pautan kepada soal selidik ini. Sehubungan dengan itu,
mohon kerjasama tuan/puan untuk melengkapkan soal selidik ini sebelum
atau pada 9 Oktober 2017. Maklumbalas yang telus daripada pihak
tuan/puan amat penting untuk dianalisa dan menjadi input kepada Projek
Pelaksanaan Kajian Transformasi ICT KPM ini. Kerjasama pihak tuan/puan
amat kami hargai.

Wednesday, 20 September 2017

PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SMKA PUTRAJAYA (SEKOLAH KAWALAN) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KELAS KAWALAN) WP PUTRAJAYA 2018

Muat turun maklumat berkaitan Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah
Kawalan JP WP Putrajaya bagi Tahun 2018 di sini.

Majlis Dialog Profesional Bil.2/2017

Majlis Dialog Profesional Bil.2/2017 YB Menteri Pendidikan Malaysia
bersama-sama 391 peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2/2017, Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia berlangsung pada 26 September 2017
bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands,
Pahang.

Friday, 15 September 2017

Dokumen Senarai Semak bagi Temuduga Calon Guru Interim Dini/ Tahfiz KPM Tahun 2017

Kepada calon yang LULUS UKCG, anda dimohon agar memuat turun dokumen
senarai semak bagi tujuan temuduga seperti berikut:

Senarai Semak Dokumen Jawatan Guru Interim Tahfiz dan Guru Interim
Dini di Sekolah Menengah

Sekian, terima kasih

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan