Showing posts sorted by date for query kertas kerja. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query kertas kerja. Sort by relevance Show all posts

Sunday 8 September 2019

Guru Malaysia menyumbang dan menikmati 'BAHAN SEGAR' dari seluruh negara.


Panggilan kepada semua GURU MALAYSIA, KGM Kini sedang menghimpunkan bahan pendidikan untuk kemudahan bersama. Demi untuk memastikan guru-guru sentiasa berkongsi dan menikmati 'BAHAN SEGAR', KGM mengambil inisiatif membuka ruang perkongsian yang lebih efektif untuk guru-guru. Jom menyumbang sekarang! semoga bermanfaat untuk semua warga pendidik. Jutaan terima kasih kepada yang menyahut panggilan ini.

Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut :

Perkongsian RPT & RPH -  https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/rpt-rancangan-pengajaran-tahunan.html

Perkongsian Dokumen PBD - https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/borang-transit-pbd-pentaksiran-bilik.html

Perkongsian Kertas Kerja - https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/kertas-kerja-jom-kongsi-bahan-yang-anda_18.html

Perkongsian Bank Soalan - https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/bank-soalan-perkongsian-guru-malaysia.html

Perkongsian Blogger & Vlogger - https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/bloguru-manfaat-ilmu-untuk-selamanya.html

Terima kasih, teruskan AKTIF,KREATIF, INOVATIF & POSITIF bersama KELAB GURU MALAYSIA. 

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Monday 16 April 2018

Power lah, cikgu! - hmetro

Zaharah Othman

GURU Bahasa Inggeris dari Keningau, Sabah yang pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa menerima penghargaan bagi projek pengajarannya, "Wonder Zone" sempena Persatuan Antarabangsa Guru Bahasa Inggeris sebagai Persidangan Bahasa Asing yang berlangsung di Brighton, baru-baru ini.
Mohd Sirhajwan Idek, 30, yang mengajar bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningau dijemput untuk membentangkan kertas kerjanya di persidangan pendidik Bahasa Inggeris terbesar dunia yang mengumpulkan 30 pemenang Biasiswa Express Publishing 2018 yang berlangsung dari 9 hingga 13 Mei tahun lalu.
"Projek 'Wonder Zone' menyediakan perkhidmatan pendidikan jarak jauh yang dijalankan oleh pelajar saya.



"Projek ini digunakan sebagai platform bagi membangun dan melaksanakan projek mereka selaras dengan konsep Pembelajaran Berasaskan Projek," katanya.
Antara peserta lain yang menyertai pertandingan itu adalah ahli bahasa terkemuka David Nunan, Jeremy Harmer dan Scott Thornbury.
"Scott adalah seorang ahli bahasa yang terkenal, malah beliau ditugaskan sebagai mentor bagi membantu pembentangan kertas kerja saya.
"Saya gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dan menimba pengalaman yang amat berharga," katanya.
Mengulas lanjut, Sirhajwan berkata, pada mulanya dia memilih sekolah rendah dan pelajarnya menentukan satu isu khusus yang akan dibangkitkan antaranya isu kesihatan, kebersihan, kemahiran membaca, menulis dan sukan.
"Mereka kemudiannya membangunkan projek terbabit di empat sekolah rendah yang berlangsung selama sebulan.
"Para pelajar menggunakan peluang yang ada untuk mengembangkan kreativiti, kemahiran komunikasi dan kerjasama menerusi Bahasa Inggeris.
"Kurang keyakinan diri antara penghalang yang membuatkan pelajar malu walaupun sebenarnya masing-masing berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris," katanya.


Antara enam anugerah global yang pernah dimenangi beliau adalah Macmillan Teachers at my Heart 2016, Norwich, United Kingdom, the International Innovation and Entrepreneurship Excellence in Teaching Award 2017, Paris, Perancisdan International ELT Research Conference PhD Grant 2018, Antalya, Turki.
Beliau juga memenangi Sumbangan Cemerlang dalam Pendidikan di Anugerah Pendidikan GESS 2018, Dubai serta Hadiah Guru Global 2018, Dubai.
Sirhajwan yang sudah enam tahun mengajar turut membabitkan diri dalam penyelidikan menerusi projek Pengajaran Komunikatif, Bahasa Inggeris untuk Tujuan Tertentu, literasi digital dan pembelajaran berasaskan projek.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 2:47 PM
Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/330553/power-lah-cikgu

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan