Wednesday 20 September 2017

Majlis Dialog Profesional Bil.2/2017

Majlis Dialog Profesional Bil.2/2017 YB Menteri Pendidikan Malaysia
bersama-sama 391 peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2/2017, Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia berlangsung pada 26 September 2017
bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands,
Pahang.

Friday 15 September 2017

Dokumen Senarai Semak bagi Temuduga Calon Guru Interim Dini/ Tahfiz KPM Tahun 2017

Kepada calon yang LULUS UKCG, anda dimohon agar memuat turun dokumen
senarai semak bagi tujuan temuduga seperti berikut:

Senarai Semak Dokumen Jawatan Guru Interim Tahfiz dan Guru Interim
Dini di Sekolah Menengah

Sekian, terima kasih

Tuesday 12 September 2017

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

 Nama Dokumen

 Dokumen Muat Turun

 Dokumen SKPMg2 (Versi Pelancaran)

 Muat Turun

 Lagu Tema SKPMg2

 Muat Turun

 Lagu Tema SKPMg2 (Minus1)

 Muat Turun

Saturday 9 September 2017

Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Tahun 2015 Hingga 2017 (Urusan Cicir)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2.      Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
(BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan
Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota
Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan
(TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual
di bawah:



Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat Pengetua/Guru Besar/Ketua
Bahagian (Di Bahagian/IAB/ IPG/KM)

Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM

25 September 2017 hingga

22 Oktober 2017

(Jam 11.59 malam)

23 Oktober 2017 hingga

31 Oktober 2017

(Jam 11.59 malam)



Urusan ini terbuka kepada:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi
Urusan Tahun 2015 hingga 2017 ;

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang
mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Tahun 2015 hingga 2017 ;

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang
mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Tahun 2015 hingga 2017 (HANYA PPP yang
belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA) ; dan

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan Tahun 2015 Hingga 2017 .



3.         Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya
perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat
yang DIBUKA BERMULA  25 SEPTEMBER 2017.



4.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,
semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem
ePangkat yang akan dibuka seperti tarikh di atas beserta JUSTIFIKASI
KECICIRAN WAJIB diisi dalam ePangkat semasa perakuan dibuat
(MANDATORI) KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu
diperakukan SECARA MANUAL iaitu:



Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar
Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) ;

Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti
Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG
oleh Ketua Jabatan ;

Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan
berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh
Ketua Jabatan;

Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan
kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap
Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan ;

Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara
wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua
Jabatan .



5.      LKPPP Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PPP yang
sedang disiasat / dalam prosiding tatatertib / telah dikenakan
tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan /
kenaikan pangkat . Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PPP tersebut
setelah keputusan tatatertib diperolehi dan kes selesai.



Nota: Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan
pangkat PPP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan
akan terjejas dan KEMENTERIAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS
SEBARANG MASALAH PERAKUAN YANG TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN
MAKLUMAT ATAU TIDAK LENGKAP (Contoh: Tidak memuatnaik halaman BPK
seperti yang tercatat dalam nota paparan ePangkat)



Muat turun Surat Siaran

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan