Monday 4 December 2017

Hebahan Semakan Pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Secara Dalam Talian

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) ingin memaklumkan tarikh
semakan pusat UKSBP adalah bermula pada 30 November 2017 hingga 15
Disember 2017. Semakan boleh dibuat di https://sst1.moe.gov.my

Hebahan Semakan Pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Secara Dalam Talian

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) ingin memaklumkan tarikh
semakan pusat UKSBP adalah bermula pada 30 November 2017 hingga 15
Disember 2017. Semakan boleh dibuat di https://sst1.moe.gov.my

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
(BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan
Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Secara
Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat Pengetua/Guru Besar/Ketua
Bahagian (Di Bahagian/IAB/ IPG/KM)

04 Disember 2017 hingga 10 Januari 2018

(Jam 11.59 malam)

Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM

11 Januari 2018 hingga 19 Januari 2018

(Jam 11.59 malam)

Urusan ini terbuka kepada:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi
Urusan Januari hingga Jun Tahun 2018 ;

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang
mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Januari hingga Jun Tahun 2018 ; dan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang
mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Januari hingga Jun Tahun 2018 (HANYA PPP
yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA)

3. Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu
diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang
DIBUKA BERMULA  04 DISEMBER 2017 .

4. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan, semua
perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat
yang akan dibuka seperti tarikh di atas beserta ULASAN DIPERAKU/TIDAK
DIPERAKU WAJIB diisi dalam ePangkat semasa perakuan dibuat (MANDATORI)
KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA
MANUAL iaitu:

Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar
Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) ;

Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti
Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG
oleh Ketua Jabatan;

Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan
berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh
Ketua Jabatan;

Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan
kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap
Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan ;

Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh
Tanpa Sebab Atau Tanpa Kelulusan/Kebenaran Ketua Jabatan dan tindakan
potongan emolumen yang telah diambil BOLEH DIPERAKU dengan
mengemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada
keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 ; dan

Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara
wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua
Jabatan .

5. LKPPP Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PPP yang sedang
disiasat / dalam prosiding tatatertib / telah dikenakan tindakan
tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan / kenaikan
pangkat . Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PPP tersebut setelah
keputusan tatatertib diperolehi dan kes selesai.

6. Juga dimaklumkan bahawa LKPPP Bilangan 3 Tahun 2017 yang bersidang
pada 09 Jun 2017 telah memutuskan supaya PPP yang berada di dalam
jawatan kumpulan (Pool) dan memperoleh markah yang layak diberi
pertimbangan untuk kenaikan pangkat DITANGGUHKAN TERLEBIH DAHULU
PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT SEHINGGA PEGAWAI DIKELUARKAN DARI
JAWATAN KUMPULAN (POOL) DAN DITEMPATKAN MELAKSANAKAN TUGAS HAKIKI DI
JABATAN ATAU SEKOLAH berdasarkan kepada surat edaran KPM Rujukan
KPM.500-7/1/1 Jld. 8 (81) bertarikh 09 Jun 2017.

Nota: Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan
pangkat PPP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan
akan terjejas dan KEMENTERIAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS
SEBARANG MASALAH PERAKUAN YANG TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN
MAKLUMAT ATAU TIDAK LENGKAP (Contoh: Tidak memuatnaik halaman BPK
seperti yang tercatat dalam nota paparan ePangkat)



Muat Turun Iklan TBBK

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 12/2017

 Bil

Tajuk

 Muat Turun

 1

 Surat Hebahan Jurnal

 Muat Turun

 2

 Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru

 Muat Turun

Surat Edaran Peraturan Pegawai Awam Pindaan

Bil

Tajuk



1.

Surat Edaran Peraturan Pegawai Awam Pindaan

Muat Turun

Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM

PENGOPERASIAN EDUCATIONAL RESEARCH APPLICATION SYSTEM  versi 2.0 (eRAS
2.0) BAGI PERMOHONAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN DI SEKOLAH, KOLEJ
VOKASIONAL, KOLEJ MATRIKULASI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN BAHAGIAN DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 https://eras.moe.gov.my

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian
melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut
pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri
dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem
eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan
mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian.
Sistem ini boleh dicapai melalui https://eras.moe.gov.my . Walau
bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP
1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018.

Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian
hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui
borang BPPDP 1.2 tidak akan diterima lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pentadbir eRAS 2.0 melalui 03-8884
6591 / admineras2.0@moe.gov.my

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017

Muat turun Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017 di sini .

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan