Tuesday 26 December 2017

Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2018

BENGKEL PENULISAN NOVEL KANAK-KANAK DAN REMAJA

Kohort pertama – Remaja

(10 & 11 Feb; 17 & 18 Mac; 7 & 8 Apr; 30 Jun & 1 Julai)

@Perpustakaan Kuala Lumpur

Kohort kedua – Kanak-kanak

(4 & 5 Ogos; 8 & 9 Sept; 6 & 7 Okt; 8 & 9 Dis)

@Dewan Bahasa dan Pustaka

Sabtu & Ahad 8.30 pagi hingga 5.30 petang





Anda mahu menulis dan hasil karya anda diterbitkan? Jom sertai bengkel ini!

Permohonan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah
pentadbiran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang
berminat. Terhad kepada 20 peserta bagi setiap kohort.

Yuran penyertaan: RM120.00 (empat sesi bengkel).

Tarikh tutup permohonan: 14 Januari 2018

Sila hubungi mbkmmoe@gmail.com untuk maklumat lanjut







Borang Permohonan PPG 2018

Borang Permohonan PPG 2018 (Excel)

Poster Program Pembangunan Pengkarya Guru 2018

Friday 22 December 2017

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PORTAL PERPUSTAKAAN (OPAC) KPM BAGI PERKHIDMATAN RUJUKAN DI SEKTOR PUSAT DOKUMENTASI, BPPDP

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PORTAL PERPUSTAKAAN (OPAC) KPM BAGI
PERKHIDMATAN RUJUKAN DI SEKTOR PUSAT DOKUMENTASI, BPPDP

Dengan ini dimaklumkan bahawa Sektor Pusat Dokumentasi, BPPDP akan
menutup Portal Perpustakaan (OPAC) KPM di url
http://librarykpm.moe.gov.my/ bagi Perkhidmatan Rujukan online di
Pusat Dokumentasi BPPDP mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh Mula:1 Januari 2018 (mulai jam 00.01 pagi) hingga tarikh yang
diberitahu kelak.

Penutupan portal Perpustakaan (OPAC) ini adalah kerana Sistem
Perpustakaan sedang dalam Proses Penyelenggaraan. Walau bagaimanapun
perpustakaan BPPDP beroperasi seperti biasa. Segala Kesulitan amat
kami kesali. Untuk Sebarang Pertanyaan berkenaan perkara ini, sila
hubungi Pusat Dokumentasi di talian 03-88846526/ 03-88846524.

Terima kasih.

Monday 18 December 2017

PELAWAAN PERMOHONAN PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN SECARA PEMINJAMAN SEBAGAI PENGARAH SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION ORGANISATION REGIONAL CENTRE FOR SPECIAL EDUCATION (SEAMEO SEN), MELAKA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa calon-calon di
kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG54 hakiki yang
berminat untuk mengisi kekosongan jawatan secara peminjaman sebagai
Pengarah Southeast Asian Ministers Of Education Organisation Regional
Centre For Special Education (SEAMEO SEN), Melaka .

Pengarah SEAMEO SEN adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan
dasar-dasar dan program-program professional serta  pentadbiran yang
diluluskan oleh Lembaga Pengurus SEAMEO SEN dengan ditawarkan gaji
permulaan sebanyak RM8,913.25 . Sila rujuk lampiran untuk senarai
tugas dan syarat-syarat permohonan.

Bagi calon-calon yang berminat serta memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan, sila lengkapkan borang permohonan dan kemukakan kepada
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa pada atau sebelum 22 Disember
2017 (Jumaat) .

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Puan Umathevi
Ponnusamy di talian 03-88846107 atau emel:uma.ponnusamy@moe.gov.my .



Bil

Perkara



1.

Borang

Muaturun

2.

Senarai Tugas

Muaturun

3.

Syarat Pencalonan

Muaturun

Iklan Pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

 Muat Turun

Friday 15 December 2017

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Ditemu Duga Pelantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Spp)

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON- CALON  IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN (ISMP), SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI
(SLTPPM) DAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) YANG TELAH
DITEMU DUGA  OLEH SPP   dan LULUS TEMU DUGA boleh membuat
pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) di alamat berikut https://egraduan.moe.gov.my bermula
pada 15 Disember hingga 26 Disember 2017. Aplikasi pengemaskinian
maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas sahaja.
SETIAP CALON DIWAJIBKAN UNTUK MEMUATNAIK SIJIL PENGAJIAN BAGI TUJUAN
VERIFIKASI.

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan